Header Ads

Menjadi Indah Pada Waktunya

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

MENJADI INDAH PADA WAKTUNYA |Apa yang bakal berlaku esok kita tidak tahu.Apa yang bakal terjadi sebentar lagi juga kita tidak tahu.Sepertinya disangka panas hingga ke petang,rupanya hujan di tengahari.Begitulah betapa ceteknya kemampuan kita menjangkakan sesuatu.Manusia berharap sesuai dengan apa yang dihajati.Manusia berfikir semampu otak memproses.Manusia menjiwai seboleh hati yang berperasaan menerima.Semampu dan seadanya.Ada hadnya.

Kalau sesuatu yang berlaku padahal hal itu mahu kita hindari,berhadapan dengan situasi tersebut tetap sahaja dilakukan.Tidak mampu berhadapan itu kata kita,kita tahu dan sedar sekadar mana mampunya kita beradabtasi dengan satu-satu keadaan atau situasi itu namun seiringnya waktu hakikatnya dengan izinNYA kita mampu walau mungkin berat dan sangat sarat.

Sekecil masalah.Bila disebut masalah ianya tetap menjadi fikiran dan menimbulkan keresahan.Sebesar mana penyelesaian ianya tetap sahaja ada  walau tetap ada sahaja kurangnya.Kerana masalah dan penyelesaian itu selalu ada.Berpasangan.Cantik sangat-sangat susunannya.

Sepanjangnya waktu,atau sesingkatnya tempoh,PC percaya sesuatu itu menjadi indah pada waktunya.Rasa indah itu boleh kita cipta dan semai.Kalau tidak mampu memberi rasa indah itu pada orang lain,mulakan rasa itu pada diri sendiri.Ada sesetengah perkara perlu diri sendiri memulakan.Mengapa tidak andai ianya suatu yang baik.

Menjadi indah pada waktunya

Sekian

11 comments:

  1. Assalamualaikum PI,
    mari kita mulakan pagi ini dengan mengucapkan rasa syukur, segalanya akan menjadi indah sepanjang hari yang kita lalui.

    ReplyDelete
  2. betul, antara cepat dengan lambat aje..

    ReplyDelete
  3. kena banyak sabar,tapi tulah,cakap senang nak buat tu yang susah

    ReplyDelete
  4. Semuanya akan jadi bila sampai masanya, dengan izinNya

    ReplyDelete
  5. Perjalanan kita semuanya sudah ada aturannya. Nikmatilah ia seadanya

    ReplyDelete
  6. Kan..pasti indah pada waktunya, jangan khuatir, kita ada timeline sndiri.😁

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.