Berdebu

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

BERDEBU

Halus
Tetap sahaja ada
Tidak terlihat
Tetap sahaja melekat
Berdebu
Di udara
Berdebunnya luar biasa
Menyesakkan
Rongga-rongga manusia

Hari ini debu dibersihkan
Esok debu tetap kembali
Kerana debu-debu itu ada selalu
Berdebu dihati
Paling berbahaya
Bahaya bukan buat diri sendiri
Tempiasnya mengena juga

Sementara ada masa
Segera
Bersihkan segenap debu yang menyelubungi
Sebelum debu-debu itu menghancuri
Setiap kebaikkan yang telah dibanguni

Sekian

Semua menjadi indah pada waktunya

14 comments:

  1. debu itu satu perkataan yg halus dan sngt mendalam klu kita pandai tilik

    ReplyDelete
  2. debu kalo biar lama-lama boleh melekat dan merosakkan...

    ReplyDelete
  3. Debu biar di hapuskan, bila lama terperap, jadi daki, akhirnya akan berkumut hitam ...

    ReplyDelete
  4. Debu di hati tu memang bahaya, kalau dibiar lama dan tak dibersihkan, maka rosaklah semua

    ReplyDelete
  5. tiba2 teringat pula kain norwex yang viral sekarang hehe

    ReplyDelete
  6. kalau dibiarkan debu yang halus sikit itu..
    lama2 tebal susah dicuci kan.. sama dengan hati..

    ReplyDelete
  7. kena selalu membersihkan debu, takut dibiarkan lama, susah nak bersih dan cantik seperti sebelum ini.

    ReplyDelete
  8. debu dapat dibersihkan tapi tetap kembali , namun rajinlah mmbersihnya

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.