Header Ads

Al Quran Sunnah Dan Hadis

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

AL QURAN SUNNAH DAN HADIS.Lahir sudah berada dan menjadi Islam itu satu nikamt yang sangat besar.Sangat-sangat mesti disyukuri dan dijaga sebaik-baiknya.Apa sahaja yang mahu dilakukan,telah dilakukan dan bakal dilakukan semuanya boleh sahaja dirujuk kembali kepada Al Quran sunnah dan hadis.Tiga garis panduan kukuh ini menjadi tali penyelamat dunia hingga akhirat kita semua.Untuk meningkatkan iman dan perbaiki diri,tentu sahaja sangat perlu pelajari sesuatu hal baik dan betul setiap hari.

Petang-petang jalan di taman
Jalan di taman bersama-sama teman
Jadikan Al Quran sebagai teman
Damai hati dikurniakan Tuhan

Setiap orang perlukan hiburan
Di syurga itu sebenar-benar hiburan
Al Quran solusi menjawab keresahan
Menjadi pedoman hingga berakhir zaman

Hujung minggu berkhemah di hutan
Ayam hutan kokok bersahut-sahutan
Perbuatan Rasulullah jadikan ikutan
Setiap satunya menjadi sunnah

Dipermukaan bumi lebih banyak lautan
Pasti beralasan Tuhan menjadikan
Banyak sunnah boleh diamalkan
Jangan cuma memilih yang sesuai kemahuan

Hidup mewah dengan alasan
Alasan terkadang hanya hasutan syaitan
Hadis sahih jadikanlah rujukan
Agar tidak tersasar menjalani asas kebenaran

Tiang dipasak menjadi pengukuh
Bertahan lama tidak mudah runtuh
Setiap hadis adalah pengukuh
Cari galilah dengan pemahaman paling utuh

Kejar akhirat dapat dunia.Dapat dunia belum tentu dapat akhirat.Hebat bagi orang yang sentiasa menjaga dunia dan tidak menyisihkan akhiratnya.

Sekian.

Semua menjadi indah pada waktunya.

8 comments:

  1. betul, kejar dua dua utk seimbangan hidup.. hidup ini indah klu kita yg pandai create :)

    ReplyDelete
  2. Setuju.kita sangat beruntung sebab lahir2 je dah islam. KIta juga ada alquran sebagai panduan. KIta tak dibiarkan sesat ikut hati dan akal je.Segalanya dah ada dalam alquran. Belajar dan gali la sebanyak mana ilmu dalam alquran tu,Memang tak kan habis sebab terlalu banyak.

    ReplyDelete
  3. In shaa Allah. Kita jadikan al-Quran sebagai teman setia hingga akhir hayat.

    ReplyDelete
  4. Tenang sangat bila lepas baca, ambik bau helaian alQuran tu sedut dalam2.. indahnya rasa..hehe

    ReplyDelete
  5. Nikmat yang sangat besar. Marilah kita kejar akhirat, dunia juga kita akan dapat.

    ReplyDelete
  6. Jadi panduan dan pegangan kita semua

    ReplyDelete
  7. aminn semoga kita sentiasa istiqamah mengejar akhirat :)

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.