Sarat Budi

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

SARAT BUDI

Atas meja ada jeruk cili
Jeruk cili pembuka selera
Semailah sebanyaknya budi
Moga sejahtera kehidupan di sana

Banyak gambar Kereta Lamborghini
Katanya jadi semangat hari-hari
Tidak mengapa harta tidak berguni
Asal diri sarat budi

Lazat rasa biskut suji
Makan hingga menjilat jari
Biarpun beribu yang manabur bakti
Ibu ayahlah insan pertama berbudi

Pergi ke pasar beli ketupat palas
Ketupat palas dimakan dengan kuah kari
Tiada budi mampu dibalas
Namun dikenang-kenang hingga ke mati

Pecah kaca pecah gelas
Sudah baca harap dibalas
Tidak berdaya mahu membalas
Doakan terus sihat dan cergas

Sekian

Semua menjadi indah pada waktunya



3 comments:

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.