Terintai-intai Cari Kuih Kegemaran

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

TERINTAI-INTAI CARI KUIH KEGEMARAN |Bukan luar bulan Syawal tak ada jual atau beli biskut,kerepek atau kek-kek..ada je untuk makan sendirikan.Biskut,kerepek atau kek raya ni ada pengeluaran dan permintaannya sepajang tahun.Cuma bila hari raya ni lebih banyak jenis biskut,kerepek dan kek raya yang dibuat sendiri,ditempah atau beli yang sedia ada..hari raya aidilfitri dengan kuih muih raya ni satu yang susah nak dipisahkan.Sejak turun temurun adatnya begitu.

Setiap orang ada kuih atau biskut dan kek raya kegemaran masing-masingkan.Biasanya bila ada yang digemari,bukan sekadar stoknya sentiasa ada di rumah..bila pergi beraya ke mana-mana pun leher sentiasa panjang terintai-intai cari kuih kegemaran dalam balang kuih orang.Hihihi.Bila ada itu rezeki tapi makan berpada-pada jangan dihabiskan.

Bila PC pergi beraya..tat nanas biasanya yang PC cari.Tak kisahlah tat gulung ke..tat biasa ke..

related image
Terintai-intai Cari Kuih Kegemaran | Google Image

Biskut makmur.Tu yang bila dapat makan makmur je dia cair dalam mulut.Dan makmur je balang kuih rumah mama kosong dikerjakan anaknya..biasa kalau mama beli biskut makmur ni..mama akan beli lebih.

related image
Terintai-intai Cari Kuih Kegemaran | Google Image

Kerepek ubi pedas basah.Ini bahaya.Pun sama biasa mama akan beli lebih.Tapi biasanya bila raya susah nak dapat dan sentiasa kekontangan stok.Boleh menangis dibuatnya.

related image
Terintai-intai Cari Kuih Kegemaran | Google image

Banyak lagi kuih kegemaran PC..termasuklah kek.Tapi sekarang seiring waktu banyak kuih muih moden dan hipster bak kata biras-biras PC.PC layan juga cuma tak tahu namanya apa..boleh gitu.Apa pun rezeki yang ada syukuri.Alhamdulillah.

Aidilfitri kali ini tiada lagi babak intai-intai kuih kegemaran.

Sekian.

sama-sama mencari redha Allah swt

4 comments:

  1. Semua kuih raya PC sama mcm kak ana suka. Especially tart nenas. Wajib ada setiap raya. Batang buruk pun fav kak ana tp skrg rasa tak sama mcm dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu kegembiraan bila dapat makan kuih raya kegemaran kan Kak Ana.Batang buruk macam dah susah nak dapat.Yang sedap kalau orang dulu-dulu buat.Fuh lain macam rasanya.Puas hati.

      Delete
  2. Tart nanas..memang kegemaran saya ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nikmatnya.Kalau ada tart nanas jarang makan kuih lain kalau PC.

      Delete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.