Syawalkan Sebulan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

SYAWALKAN SEBULAN |Puasa sebulan.Syawal pun sebulan kalau tidak situasi sekarang COVID 19 boleh jadi Syawal jadi lebih sebulan diraikan.Bukan kerana keterlaluan tapi kerana mahu meraikan dan dalam masa yang sama mengadakan majlis kecil-kecilan dan sederhana untuk menjamu jiran tetangga,saudara mara dan sahabat juga.Itu yang jadinya Syawal boleh jadi empat puluh hari.

related image
Syawalkan Sebulan

Ya Syawalkan sebulan,maka jangan terburu-buru dan tekan atau desak diri untuk puasa suant Syawal atau puasa enam.Mungkin dua Syawal sudah ada yang mula sambung berpuasa,sambung puasa sunat Syawal atau puasa enam.Ada juga yang mula setelah seminggu Syawal atau pun nanti dipertengan atau hampir penghujung Syawal,terserah hak dan pilihan masing-masing juga.Asal cukup enam hari di bulan Syawal.Mahu selang seli pun tidak menjadi isu.Silakan.Itu puasa sunat.Yang wajib adalah qada puasa Ramadhan yang ditinggalakn bersebab atau tidak bersebab.Sebelum masuk Ramadhan tahun akan datang.

Biar tidak dibenarkan menziarahi seperti sebelum ini,tetap sahaja boleh terus bersilaturahmi satu sama lain dengan cara masing-masing.Teknologi mampu mendekatkan.InshaAllah.Mahu atau tidak sahaja melakukan dan amalkannya.Pilihan itu ada,tinggal pilih dan laksanakan.

Syawalkan sebulan.Ini rezeki yang Allah SWT beri dan pinjamkan kepada kita.Kita masih diberi nafas untuk meraikan Syawal tahun ini,alhamdulillah.Dalam apa pun keadaan terus mensyukuri walau dalam suasana yang mungkin tidak sepenuhnya gembira.Namun setiap Syawal itu ada kemanisannya yang tersendiri.Dan Syawal di tahun 2020 ini lebih mewah kisahnya.

Sekian

RAHMAT ALLAH SWT itu KUNCI

14 comments:

  1. SYAWAL DENGAN RAHMAT-NYA MANFAATKAN SEBAIKNYA

    ReplyDelete
  2. Kalau tak silap hari ni dah 14 Syawal..then ni tak ada yang datang ziarah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masing-masing patuh arahan dan saling menjaga.

      Delete
  3. raya tahun ni memang berbeza..tak apalah,mudah-mudahan nanti semua akan kembali pulih macam biasa =)

    ReplyDelete
  4. Syawal memang sebulan
    Tapi tahun ni kita sambut raya sehari aje

    ReplyDelete
  5. 2 syawal sudah mula puasa 6 sbb tabiat berpuasa tumasih ada. bukan apa klu lambat2 sgt nnt feel puasa tu dah hilang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pulak bila puasa dalam keadaan orang lain tidak berpuasa,besar cabarannya.

      Delete
  6. hari ni baru start puasa...huhu, moga berterusan sampai hari keenam...ikut kemampuan masing2 kan..

    ReplyDelete
  7. Tahun ni paling tak bnyk dugaan puasa 6 sbb ada kat rumah shj.. tak ada tarikan nak makan open house hehe

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.