Sembang Kencang Makan Kacang

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

SEMBANG KENCANG MAKAN KACANG.Sembang itu boleh jadi terapi.Macam kita tengok ikan,jalan-jalan ,makan-makan.Begitu jugalah bila kita duduk sama-sama walau tidak ramai,walaupun juga sekadar melalui telefoh,sembang santai.Bercerita sesuatu yang boleh buat senyum dan ketawa.Mengosongkan tin yang penuh dengan air.Tin kosong pun menjadi ringan.Macam itu jugalah bila dapat bersembang,fikiran dan perasaan menjadi ringan tidak tepu.

Sembanglah apa pun cukup sekadar apa adanya dan apa semampunya tapi jangan semahunya.Sebab bila sembang semahunya takut nanti sembang kencang makan kacang.Sembang kencang ini sangat bahaya biasanya sampai terlupa melampaui batas,melanggar had dan masuk rumah orang,dalam kain orang,terbabas ke periuk nasi orang.Itu belum lagi membongkar kisah silap dan kelamnya orang,yang molek-molek semua diabaikan dihanyutkan tanpa rasa bersalah.Makan kacang senangkan.Kopek ambil isinya masuk mulut kunyah telan.Kulitnya disepahkan merata-rata.memang  nanti ada yang tolong kutip tapi kutipnya belum tentu rela hatikan.Boleh jadi maki-maki dalam hati.

kalau kita merasa takut dengan angin yang kencang,takut jugalah dengan sembang yang kencang.Ditambah zaman sekarang mudah untuk merakam semua butir bicara dan tingkah laku.Jejak digital sangat susah untuk ditipu kecuali gambar-gambar mati yang boleh diedit sana sini.Ditambah,ditampal di mana-mana yang dimahu.

related image

Kalau hari ini sembang kencang jangan lari lintang pukan esok ada yang datang menuntut mahu menentang.Duduk semeja sambung sembang bentang biar terang sambung lagi makan kacang.Boleh jadi kita lupa apa yang telah kita sembangkan tapi belum tentu mudah untuk orang melupakan.Sembang tidak membimbangkan kalau tahu apa yang disembangkan.Jangan sembang kencang yang sia-sia.

Sekian

Semua menjadi indah pada waktunya

9 comments:

  1. Sembang ni boleh jadi melarat tanpa disedari. Kena beringat yang penting.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi-lagi bila ada yang melayan pun ya juga.kalau yang melayan suka ingatkan selamat la juga.kalau sama naik.Aduh

      Delete
  2. kadang ada orang sembang je kencang, hasil takde. banyak orang macam tu dalam dunia.

    ReplyDelete
  3. Sembang-sembang memang seronok kadang tak sedar masa dah berlalu heheheee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila sembang masa cepat berlalu.Bila termenung aduh macam jarum jam tak bergerak.

      Delete
  4. Tu yang kadang2 malas nak bersembang hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..kak PC jadi risau juga bila syok bersembang.

      Delete
  5. Uncle pulak kalau makan kacang tak sempat nak sembang... kusyuk sangat! hehehe

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.