Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan Fasa Seterusnya

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN FASA SETERUSNYA | Awalnya,Perintah Kawalan Pergerakan.Berberapa minggu kemudian menjadi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.Terkini,baru sahaja diumumkan mejadi fasa baru iaitu Perintah kawalah Pergerakan Pemulihan.

Mulai 10 Jun, perjalanan rentas negeri akan dibenarkan kecuali di kawasan yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan atau PKPD.PKPP ini lebih banyak kelonggaran diberikan kepada rakyat untuk menjalani aktiviti kehidupan seharian di samping mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) secara berterusan.Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin

Dua fasa diawal pastinya menjadi satu tamparan hebat kepada rakyat.Emosi dan mental benar-benar diuji.Manakan tidak ditambah dengan kehadiran Ramadhan seterusnya Syawal.Allahu.Mahu tidak mahu walau seolah sedang melawan arus,oksigen yang kian berkurang ibaratnya,kesabaran dan barangkali redha itu cuma dibibir tetap juga digagahi mematuhi apa sahaja arahan daripada pihak berkuasa,pihak berwajib dan kerajaan.

Setiap hari melihat perubahan angka yang dijangkiti dan terkorban yang diwartakan sudah seperti mimpi ngeri.Para pejuang dibarisan hadapan,para penyokong yang barang kali tidak didendang iaitu keluarga,semuanya ucapan terima kasih itu sebenarnya tidak setara dengan kalian.Banyak yang telah kalian korbankan,masa,tenaga dan keluarga.Setiap keringat kalian yang menitis itu besar ganjarannya.Setiap langkah dan kudrat yang disumbangkan tinggi nilainya.Moga nanti Syurga Firdaus Allah SWT hadiahkan untuk kalian.Aamiin.

Biarpun mendungnya awan masih lagi ada,namun dicelah-celah itu sudah terlihat sinar yang mahu menembusi dan menyinari.Semua menjadi indah pada waktunya.Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan fasa seterusnya.Alhamdulillah.Hari ini PC menangis lagi.Entah yang keberapa kali.Tapi kali ini menangis dengan rasa sedikit kelegaan dan sangat bersyukur.Merentas negeri sudah dibenarnya.Namun begitu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan tetap sahaja dilanjutkan bermula 10 Jun sehingga 31 Ogos 2020.Setiap daripada kita tetap sahaja mesti menjaga apa yang mesti dijaga.Kekalkan mematuhi setiap SOP yang ditetapkan.

Alhamdulillah.Terima kasih Allah.Ingat ya,semuanya masih dalam tempoh pemulihan.

related image

Sekian

Ini nikmat,namun dalam nikmat tetap sahaja ada ujiannya. 

7 comments:

  1. Alhamdulillah
    tak sabar nak tunggu cucu balik minggu depan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.Boleh anak menantu dan cucu makan buah-buahan yang ada.Syukur sangatkan Wak.

      Delete
  2. Alhamdulillah.. setidaknya dpt juga mula bergerak, bekerja, berusaha juga bertemu keluarga jika lama tak dibenarkan bertemu. Namun sama2lah kita sentiasa menjaga kesihatan sebaiknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.Sujud syukur.Menitis air mata.Moga nikmat ini tidak menjadikan kita lalai.

      Delete
  3. alhamdulillah atas apa yang diberikan kelonggaran...moga semua tetap terus patuhi SOP..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah....memang tertunggu tunggu sangat detik ni... harap2 rakyat Malaysia kekalkan disiplin seperti dalam tempoh PKP ni

    ReplyDelete
  5. Alhamdullilah kan, lega bila sempadan negeri dah dibuka. Sebak pun ada sebenarnya PC..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.