Bila Kerana DIA Berkehendak Maka Itulah Sebaik-baiknya

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

BILA KERANA DIA BERKEHENDAK MAKA ITULAH SEBAIK-BAIKNYA |Angkara manusia.Angkara siapa.Manusia berandaian.Bersangka-sangka.Tidak boleh dinafikan banyak musibah adalah angkara sikap dan tangan-tangan manusia itu sendiri.Baik kesannya berskala besar atau berskala kecil.Ya,tangan-tangan manusia dan kerakusan manusia itu sangat menakutkan dan sangat membinasakan.Seperti mana binasanya tubuh manusia itu kerana lisan dan perut(apa yang dimakan).Tidak terkecuali alam ini turut menerima kemusnahan kerana manusia juga.


Apa sahaja perbuatan manusia itu adalah sebab dan alasan.Bersalah atau tidak berdasarkan perbuatan.Dihukum atau tidak juga berdasarkan tindakkan.Allah mahu memberi sesuatu itu juga berteraskan usaha hamba-hambaNYA.Andai Allah SWT mahu menurunkan ujian atau nikmat juga DIA melihat setiap perbuatan hamba-hambaNYA.Hukuman tidak berjalan kalau tidak melakukan kesilapan.Namun pahala tercatat walau baru dimulai dengan niat yang baik.

Percayalah,rahmat Allah SWT itu sangat luas.Cuma berbalik pada diri sendiri mahu atau tidak mencari dan mendapatkan rahmat dariNYA.

Sekian

Semua menjadi indah pada waktunya

9 comments:

  1. Selalu bersangka baik.. semoga mendapat rahmat Allah

    ReplyDelete
  2. Semoga kita semua mampu sentiasa bersangka baik, terutamanya pada Allah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat.Sentiasa ajar diri supaya bersangka baik dengan Allah.

      Delete
  3. betul, walau kita hanya berniat untuk melakukan satu kebaikan, bila kita tak mampu buat last minute atas sebab yang tak dapat dielakkan, pahala kebaikan tu tetap kita dapat...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak faham kenapa saya gelak kat hujung tu...mesti tengah taip komen sambil dengar pulak kawan bercakap kat sebelah...

      Delete
  4. Semoga kita semua berusaha mencari rahmat Allah..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.