Bezakan Situasi Mainkan Peranan Jangan Pukul Rata

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

BEZAKAN SITUASI MAINKAN PERANAN JANGAN PUKUL RATA |Setiap orang ada peranan masing-masing.Kecil atau besar,berat atau ringan kalau namanya peranan tetap peranan.Perlu dilaksanakan mengikut situasi.Seorang individu boleh ada banyak peranan.Bukan berlakon atau pura-pura ya.Dalam konteks ini bukan seperti itu yang PC maksudkan.Tetapi,bagaimana seseorang yang ada banyak peranannya dalam masa yang sama dia mesti bezakan situasi untuk mainkan peranannya jangan sampai pukul rata.

Contoh mudah dan ringkas.Kalaulah di tempat kerja awak seorang ketua yang berkredibiliti.Ada kuasa untuk memberi arahan kepada semua staf sokongan dan membuat keputusan bagi pihak sendiri dan pihak orang lain juga,itu di tempat kerja.Jangan bawa balik ke rumah kerana ianya akan menimbulkan masalah kecil yang lama kelamaan menjadi besar dan parah.Lelaki ke,perempuan ke,suami ke,isteri ke.Ketua di tempat kerja cukup.Bila masuk pintu rumah mainkan peranan seperti mana sepatutnya dan selayaknya dengan bawaan yang berbeza bukan pukul rasa ikut sesukanya sahaja.

Ada sesetengah cara sesuai di bawa dan di gunakan di mana-mana sahaja dalam apa pun situasinya.Namun begitu ada masa-masanya kita mahu tidak mahu harus bezakan situasi untuk mainkan peranan supaya situasi atau suasana tidak menjadi buruk berpunca daripada sikap kita.Bila semua hal di selesai dengan cara yang sama di pukul rata ikut mahunya ianya bukan menyelesaikan masalah tetapi menimbulkan lagi banyak kekeruhan.

Biarpun payung itu sesuai digunakan ketika hujan dan panas terik,namun ketika masuk ke dalam bangunan bertutup tidak perlulah terus membuka payung,tutup dan simpanlah.Begitulah ibaratnya.

Sekian

sama-sama mencari redha Allah SWT

6 comments:

  1. mendalam betul pesanan kali ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga ada sesuatu yang boleh dimanfaatkan ya.

      Delete
  2. selesaikan apa2 masalah ikut tatacara yang sesuai dengan keadaannya...

    ReplyDelete
  3. Betul sangat perkongsian PC ini.. bila tak pandai membezakan, akan menyusahkan diri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dan menyusahkan diri sendiri juga itu yang tak seronoknya.

      Delete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.