Kalis Nasihat Sambunglah Mendoakan Biar Berkat

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

KALIS NASIHAT SAMBUNGLAH MENDOAKAN BIAR BERKAT |Selagi masih ada yang sudi marah,tegur dan nasihat itu tandanya masih ada yang peduli dan sayang.mahu memberi nasihat tidak boleh jemu dan malas.Anggap rendap kerak nasi,lama-lama kembang dan lembut juga.Macam titis air atas batu lama-lama lekuk juga.Sesetengah orang nasihat sekali terus masuk.Sesetengah orang lagi nasihatlah macam mana pun dia jenis kalis nasihat.Macam jirus air dipermukaan daun keladi,mengalir terus tanpa kesan.Masuk telinga kanan eh keluar telinga kiri.Itu nasib masuk,kadang lalu saja depan hidung nasihat yang diberi.

Hidayah itu milik Allah SWT.Betul sangat-sangat.Bila Allah SWT mahu ubah sesiapa yang DIA kehendaki kadang kita pun tidak boleh meneka-neka.Sekejap sahaja boleh berubah.Hidayah boleh Allah SWT beri dan hidayah boleh Allah SWT ambil juga.Nauzubullah,moga Allah SWT tidak ambil hidayah kebaikkan yang dipinjamkan kepada kita.Tidak tahu kenapa,PC sentiasa berfikir memang hidayah itu daripada Allah SWT,namun kita sebagai manusia perlu berusaha juga membuka hati dan fikiran mencari hidayah itu.Sebelum Allah SWT beri betul-betul,DIA juga menilai usaha dan niat kita.

Berbalik pada manusia yang kalis nasihat,sayang sangat kerana itu juga antara salah satu pembaziran.Pembaziran peringatan.Bila seseorang kalis nasihat tidak langsung dia menutup diri sendiri untuk ke tahap yang lebih baik.Ada yang sanggup menasihati dengan sabar dan penuh hikmah bertahun-tahun,ada pula yang mungkin menyerah bukan kerana mahu berputus asa tetapi ditakuti niat mahu menyemai benih amal menjadi menyemai benih dosa.Menasihati perlu tahap kesabaran luar biasa juga,kerana penerimaan orang yang kita mahu nasihati juga luar jangka dan kadang luar norma sepatutnya.

Kita mahu nasihat kerana Allah.Kita nasihat kerana kita prihatin dan sayang sesama insan.Kita nasihat kerana nanti mahu sama-sama bersama-sama menjadi jiran disyurga.Namun jika sasaran kita itu kalis nasihat walau semua cara telah digunakan,maka sambunglah mendoakan biar berkat setiap apa yang telah,sedang dan akan dilakukan.Terus sokong dengan doa-doa yang baik,yang tajam dan tepat.Moga terjentik hatinya.

S e k i a n

RAHMAT Allah SWT itu KUNCI 

6 comments:

  1. In Sha Allah
    janji kita dah laksanakan tanggungjawab
    selebihnya doakan Allah bukakan hati orang yang dinasihat :)

    ReplyDelete
  2. betul, nak nasihat kena tengok juga sasaran kita tu, penerimaan dia macam mana..kena nasihat dengan cara penerimaan dia...

    ReplyDelete
  3. Teringat Qur'an time Di TV Al Hijrah tadi..
    Senator Datuk Seri Dr Zulkefly pesan doa yg paling berharga ialah Allah SWT berikan hidayah.. doa lah selalu..

    ReplyDelete
  4. Betul tu terus sokong dgn doa2 yang baik...insyaAllah ..aamiin..

    ReplyDelete
  5. kalau sudah dinasihatkan jenis yang kalis nasihat ni, doakan yang terbaik moga lembut hatinya menerima nasihat.

    ReplyDelete
  6. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.