Bukan Lagi Menerima Tapi Memberi Pula

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

BUKAN LAGI MENERIMA TAPI MEMBERI PULA |SubhanaAllah.Hari ini dah masuk 8 Syawal 1441H.Hari ini juga hari akhir di bulan Mei.31 Mei.Diam tak diam kita semua bakal memasuki setengah tahun pertama  2020.Allahuakbar.Alhamdulillah.Cepat.Sangat cepat.

Dalam mood raya yang sangat paling sederhana semuanya mesti disyukuri..sesuai usia yang semakin lebih dewasa..bukan PC sahaja barangkali berasa bahawa ketika ini bukan lagi menerima tapi memberi pula.Tidak salah pun kalau umur-umur dewasa tetap menerima..rezekikan..apa salahnya.Hihi.

Dulu kita kecil.Kita girang dan paling berbunga-bunga perasaan bila ada yang sudi memberi walau cuma sekeping lima puluh sen..justeru sekarang cuba lihat wajah-wajah yang menerima pemberian tidak seberapa daripada kita..bersinarnya anak mata bahagia mereka bukan dibuat-buat.Dan bahagia itu pun kita boleh serap dan rasa.

Bersedekah itu sepanjang masa.Selagi diizin Tuhan bernyawa.Tidak semestinya mewah..tidak semestinya banyak..ikhlas..niatnya betul..sasarannya tepat..inshaAllah membahagiakan dunia dan akhirat.

Sayu yang semakin sukar dibendung.

Sekian.

sama-sama mencari redha Allah swt

3 comments:

  1. Betul tu...memberi setakat yang mampu

    ReplyDelete
  2. semoga kita semua dimurahkan rezeki untuk saling berkongsi dan memberi =)

    ReplyDelete
  3. Sedekah tak semestinya dengan duit saja. Senyum pun sedekah kan. Tp kalau berkemampuan apa salahnya hulur takat yang mampu kan.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.