Besar Pengaruh Janji Dalam Kehidupan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

BESAR PENGARUH JANJI DALAM KEHIDUPAN |Selain daripada apa yang kita makan perlu benar-benar dijaga,apa yang kita lisankan pun sangat-sangat perlu diberi perhatian termasuklah lisankan janji.

Alah,janji sahaja pun.Betul,cuma janji tapi mahu tunaikan janji tidak seringan mengucapkan janji itu.Berjanji itu mudah.Mengotakan janji itu berat.Justeru itu adalah lebih baik elakkan daripada berjanji tetapi terus sahaja menunaikan(memberi).InshaAllah lebih selamat.Sama-sama selamat sebenarnya.

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, 
“Tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu apabila ia berbicara ia dusta, apabila ia berjanji tidak ditepati dan apabila diberi amanah dia khianati.”
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Besar pengaruh janji dalam kehidupan kita.Persengketaan boleh sahaja terjadi disebabkan janji yang dimungkiri.Setiap orang yang menerima janji wajar untuk menuntut apa yang dijanjikan.Tidak menjadi satu kesalahan pun cuma mungkin kalau tidak mahu keadaan menjadi keruh,mohon sedikit pengertian bersesuaian dengan situasilah.Ada orang sangat berkira dengan janji.Ada orang sangat mudah bertolak ansur atau berlebih kurang sahaja dengan janji.Bawalah berbincang.Wujudkan komunikasi dua hala.

Adalah lebih baik pilih untuk tidak berjanji daripada memungkiri kerana memungkiri janji itu tidak sahaja menyakiti diri sendiri tetapi dalam masa sama juga menyakiti orang lain.

Sekian

RAHMAT ALLAH SWT itu KUNCI

12 comments:

  1. bila berjanji harus tepati dan bila tiba masa jgn buat2 lupa kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti orang sakit hati bila macam tu.Buat-buat lupa.

      Delete
  2. jika x pasti menunaikan janji, baik x usah berjanji itu ini. (ditujukan kpd ahli politik). hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.jangan manis diawal berhujung pahit dan pedih.

      Delete
  3. Ya betul...ada satu janji belum buat sebab blogger tu dah tak aktif dah...

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Betul.kalau ada aral,berterus terang minta maaf dan minta halal.

      Delete
  5. Replies
    1. Usahakan.Kalau tidak boleh,boleh sahaja berkomunikasi kerana itu lebih baik.

      Delete
  6. senang berjanji, tapi tak mudah untuk tepati..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.