COVID-19: PKP Dilanjutkan Hingga 14 April

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

COVID-19:PKP DILANJUTKAN HINGGA 14 APRIL |Fasa pertama PKP bermula 18 hingga 31 Mac 2020.Belum pun tamat tempoh yang diberi pada peringkat pertama,,pada fasa yang awal dan hari ini..25 Mac 2020 Perdana Menteri sekali lagi mengumumkan tindakkan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) diteruskan sehingga 14 April 2020.

Maka..

Kerajaan mengambil keputusan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga 14 April ini susulan kes positif COVID-19 masih berlaku, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.[SUMBER]

Teka teki pun terjawab.Tidak ada yang suka terperap dalam rumah dalam tempoh yang lama dan panjang.Dikawal setiap pergerakkan seharian.Berada di negara merdeka namun detik ini virus sedang datang menjajah.Menjajah segenap sudut yang ada.Kesihatanlah terutamanya.Allahu.Demi kebaikkan bersama justeru itu pihak Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia bergabung tenaga sama-sama memantau di mana-mana sahaja.Dan dek kerana situasi yang kurang memuaskan..makan perintah kawalan pergerakkan pun dilanjutkan lebih kurang dua minggu lagi.

Akur dan teruskan berdoa.Di mana sahaja kita berada ketika ini..akurlah dengan apa sahaja arahan dan nasihat pihak berwajib dan pihak bertanggungjawab.Niatkan akur kerana Allah swt.jangan berhenti berdoa.Keluar bila betul-betul perlu.Dan bantulah kepada sesiapa yang sangat memerlukan.

Di ketika ini,PC tidak menafikan dan tidak menyalahkan kalau ada yang bersikap mementingkan diri sendiri.Kerana masing-masing mahu menjaga diri masing-masing..namun percayalah,setiap apa yang tulus daripada hati andai bantuan diberikan betul-betul kerana Allah..Allah swt akan jaga kita segenap sudut.BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH.

Satu badan khas..sukarelawan perlu dibentuk untuk membantu orang ramai yang memerlukan terutama warga emas yang tinggal dikampung,,yang mempunyai masalah kesihatan,tidak mempunyai kenderaan untuk membeli barang keperluan harian..atau PC yang tidak tahu sudah ada sukarelawan yang dilantik khas.

related image
COVID-19: PKP Dilanjutkan Hingga 14 April

Sekian.

#sama-sama mencari redha Allah swt





14 comments:

  1. Masa ni dok duduk sorang menung, apa nasib kita lepad ni..

    ReplyDelete
  2. Sayu sedih dan sebak bila tempoh dilanjutkan. Nak tak nak kena akur dengan perintah PM umumkan untuk kebaikan bersama. Harap semua rakyat patuh arahan dan semoga rantaian covid-19 terputus terus dan pupus. Aaminnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..rasa sedih paling dalam.tapi itulah dia apa yang Allah swt mahu.Moga kita sentiasa sabar.

      Delete
  3. bila dilanjutkan kesian pada orang tua2 yang susah nak dapatkan bekalan makanan. mohon virus ini dapat ditangani secepat mungkin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat-sangat .kalau minta tolong orang pun mereka tak mahhu tolong kerana masing-masing nak jaga diri sendiri.

      Delete
  4. sebagai penjaja kecil memang terkesan dengan perkara ni,tapi apa boleh buat,sabar sajalah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. moga lepas ini lebih berganda rezeki..aamiin.

      Delete
  5. Assalamualaikum dan salam sejahtera
    Saya Zainal,peniaga air balang.sy tinggal di badang,berhampiran pcb kota bharu bersama sorng anak umur 3 tahun. Lps seminggu hadap PKP n x dpt berniaga,sy sudah betul2 kehabisan wang.
    Brniaga ibarat kais pagi makan pagi je pun,x tahu mane saluran yg betul nk mintak sket bantuan,semuanye mcm rumit n susah sgt..mungkin sy yg kurang tahu cara betul nk mintak bantuan,sblm ni x pernah mintak apa2 bantuan.
    Situasi hari ni x spt hari2 yg lepas,duit habis n x dpt nk buat ape2.
    Saya tulis komen sini kot2 ada yg bermurah hati nk tolong.
    47538124 15 public bank
    Zainal abidin.
    011.2.365.8..560

    Jangan kecam sy,sy dalam susah.
    Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kecam.Tak pandang negatif langsung pun..inshaAllah moga Allah permudahkan setiap urusan Tn sekeluarga dan kita semua.

      Delete
  6. Makin tepu rasanya bila tempoh dilanjutkan.. Semoga wabak ini dapat diatasi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.macam PC lebih fikir baba mama dan mertua di kampung tu...

      Delete
  7. makin bosan dan tak ada idea da nak buat apa.. tapi inilah yang terbaik buat masa ni. sama2 kita tabah dan harungi. semoga ujian ini cepat berlalu.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.