#Sama-sama Mencari Redha Allah SWT

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

#SAMA-SAMA MENCARI REDHA ALLAH SWT |Sebut mudah nak usahakan sukar.Itulah perjalanan mahu mencari redha Allah SWT justeru mengapa ada masanya yang disemai padi tumbuhnya lalang.Harapkan panas hingga ke petang hujan pula di tengahari.

Semakin kita menuju dan membangunkan semangat rasa keinginan istiqhamah yang paling maksimum mencari redha Allah,,semakin besar juga dugaan yang Allah beri.Bukan Allah dengki dengan kita.Tidak juga kerana Allah benci tetapi Allah mahu melihat sejauh mana usaha dan kesungguhan hamba-hambaNYA dalam berjuang mencari redhaNYA.

#Sama-sama mencari redha Allah SWT.Apa sahaja yang kita punya,tanpa redhaNYA jadi sia-sia.Tidak bermakna kosong belaka.Menjadi lebih banyak sukar berbanding mudahnya.Lebih sentiasa sempit berbanding luasnya.Apa yang banyak terasa sedikit.Nauzubillah.

Kalau mahu mencari redha Allah,dekati siapa yang cintakan Allah.Siapa yang doa-doanya tidak terhijab.Penting.Sangat penting.Kadang tidak mampu mencari redha Allah bersendirian..maka bersilaturahimlah ditempat dan sumber yang betul jalan atau jalurnya.

Ada banyak cara untuk kita meraih redha Allah SWT.Jangan memandang sinis pada cara orang.Jangan juga memperkecilkan setiap usaha orang lain.Barangkali caranya berbeza asalkan iktikad dan matlamatnya sama itu paling utama.

Sekian.

#moga Allah swt tidak berpaling

2 comments:

  1. Sama-samalah kita..
    Nak mohon redha Allah senang aje, buat yang di suruh dan tinggalkan apa yang di larang ...

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.