Otak Sentiasa Ligat

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

OTAK SENTIASA LIGAT |Otak itu anugerah daripada Allah swt.Pinjaman.Ditambah dengan akal yang besar peranannya dalam kehidupan manusia.Selain iman yang letaknya dihati..kedua-duanya akal dan iman menjadi penapis untuk kita menjalani kehidupan selama di dunia ini.Allahuakbat.Terima kasih Allah.

Ada orang tak boleh duduk diam.Kalau duduk diam itu mendatangkan penyakit padanya.Ligat.Ke sana ke mari..ada sahaja yang mahu dilakukan..yang tengok rasa penat sangat..rasa macam tak cukup nafas tapi baginya itu yang buat dia bahagia,gembira dan sihat.

Sesetengah orang tidak menggunakan tenaga atau fizikal yang keterlaluan untuk lakukan sesuatu sebaliknya lebih banyak menggunakan daya fikiran.Otaknya lebih banyak dikerah dan bekerja sehari-hari.Diam tapi otaknya ligat dan penuh dengan strategi.Barangkali dia cuma menyumbangkan idea atau sebarang perancangan kemudian dilaksakan oleh para pelaksana yang terlatih dan berkemahiran.Pun ada jugakan macam tu.Heiii macam-macam.

Selagi hidup.Selagi Allah izin sihat selagi itulah kita sentiasa berfikir dan terus berfikir.Otak sentiasa ligat.Bekerja ke..tidak bekerja ke (suri rumahtangga)..bekerja sendiri ke..otak kita sentiasa ligat.Buat satu kerja belum pun siap sudah terfikir lepas ini apa pula,,kemudian apa lagi dan seterusnya.Ligat,jadi jangan pelik kalau sampai terbawa-bawa dalam mimpi.

Terlalu banyak berfikir atau memikirkan sesuatu juga salah satu punca tubuh mejadi keletihan.Fikir pada perkara yang perlu..apa yang tidak perlu kemudiankan sahaja.

Sekian.

#sama-sama mencari redha Allah swt

9 comments:

  1. Alhamdulillah semua dengan izin Allah Taala jua 😁

    ReplyDelete
  2. Lain org lain caranya kan. sebab tu kita tak boleh judge sesuka hati kita tanpa kita faham keadaannya.

    ReplyDelete
  3. gunakan otak lebih letih berbanding gunakan tenaga.

    ReplyDelete
  4. betul tu.. selagi masih ada nyawa, teruskanlah bekerja wahai otak.. hee~

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.