Bukan Semua Tak Boleh..Bukan Semua Salah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

BUKAN SEMUA TAK BOLEH..BUKAN SEMUA SALAH |Itu tak boleh.Ini tak boleh.Itu salah.Ini salah.Apa yang boleh?..bukan sekadar anak kecil yang melontarkan keluhan sebegini bahkan ada juga yang sudah dewasa berkata demikian.Entah sekadar berjenaka atau benar-benar meluah rasa.Sedangkan usianya tidak memungkinkan dia berkata begitu sebenarnya.Tapi italah..dah namanya pun manusia biasa.

Hidup tertakluk pada hukum yang telah ditetapkan.Yang mesti dipatuhi.Bukan untuk DIA menzalimi tetapi untuk DIA menilai dan memberi ganjaran terbaik di akhirat nanti.Teringat kata-kata seorang ustaz,"Yang boleh semua dan tiada hadnya,nanti bila kau sudah berada di syurgaNYA.Hinggakan kita pelik yang dulu di dunia haram menjadi halal dan di bolehkan cuma kita sahaja yang mahu atau tidak memilihnya ketika itu".

Burung yang terbang bebas tinggi melayang-layang tetap sahaja terancam dengan peluru pemburu.Layang-layang yang terbang tinggi tetap sahaja berpotensi untuk putus talinya dan tersangkut di mana-mana.Mahu bebas.Inginkan kebebasan.Mahu ikut suka.Itu memang naluri semulajadi manusia macam PC..kamu..awak..kita..mereka.Jangan hairan.

Jangan hairan juga kalau ada yang cuba melarang atau menasihati..bukan semua tak boleh..bukan semua salah kerana sudah dan telah berapa banyak perkara betul dilakukan sedang bila tiba lakukan khilag ada yang sudi menegur dan menasihati..bukankah itu satu tanda Allah swt masih sayang pada kita.Kecuali kalau memang sentiasa lakukan dan ulang kesilapan yang sama tanpa jemu.

Sekian.

#sama-sama mencari redha Allah swt

5 comments:

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..