Wajar Atau Tidak Wajar Sebenarnya

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

WAJAR ATAU TIDAK WAJAR SEBENARNYA |Akal dan iman.Kombinasi atau pakej penting.Lebih comel ditambah dengan ilmu.Akal-iman-ilmu.Walau pun begitu PC dan sesiapa sahaja pun dah namanya manusia..untuk imbangi atau setarakan semuanya bukan tugas mudah.Tidak semudah bercakap dek lidah tidak bertulang.

Ibu bapa berusaha untuk memberi yang terbaik kepada setiap anak-anaknya.Sebesar dan sehebat mana pun anaknya..dipandangan mata ibu ayah anaknya tetap seorang anak kecil.Itu wajar.Seiring waktu..ibu bapa yang semakin dimamah usia..sedangkan anak-anak juga semakin dewasa dan membina keluarga..anak-anak yang dilahirkan menjadi cucu-cucu kepada ibu bapa kita..mereka..ibu bapa kita mudanya dengan kita anaknya..tuanya bersama-sama cucu-cucunya anak-anak kita..wajar atau tidak wajar sebenarnya..

Keluhan atau kebahagiaan

...dulu muda-muda jaga anak..serba serbi dengan anak..semakin tua..berlawan pula dengan cucu..bersaiang juga dengan cucu..nak tengok tv bergilir dengan cucu..nak mandi beratur dengan cucu..nak makan..sambil suap dan dulukan cucu..nak keluar rumah sembunyi-sembunyi dari pengetahuan cucu..

*****

...rindu zaman anak-anak kecik-kecik dulu..tengok cucu terubat rasa rindu..hidup terasa terisi tidak sunyi..tidak bosan..malah kadang lebih sayang cucu pulaknya..

*****

Cucu tidak salah.Ibu ayah tidak salah.Anak-anak yang menjadi anak dan menantu sekaligus telah menjadi ibu bapa itu juga tidak salah.Kalau semua betul tidak timbullah masalah.Kalau semua betul tidak adalah kedengaran keluh kesah.Tidak adalah rasa kurang selesa dan seterusnya kurang bahagiakan..kan..kan..tak gitu..cukup masing-masing sedar dan muhasabah diri.InshaAllah akan baik-baik sahaja.

Wajar atau tidak wajar tidak dapat diselesaikan dengan mudah apatah lagi asyik menuding jari..apatah lagi juga asyik mengaku diri benar orang lain sahaja yang salahnya..

Terkadang manusia lakukan sesuatu ikut rasa sukanya.Ikut rentak dan mengikut seleranya sahaja.Orang lain..nanti-nanti sahaja lekat difikirannya.

Tetapi

Ada ketikanya pula manusia sangat bersikap wajar dan ambil pusing akan banyak perkara disekelilingnya sentiasa tidak mengira apa pun keadaannya.Masalah orang masalah padanya juga.

Dan hakikatnya..

Banyak perkara lain selain anak..menantu..cucu juga lazim berada pada lingkaran wajar dan tidak wajar untuk dilakukan.

Related image
Wajar Atau Tidak Wajar Sebenarnya | Google Image

#sama-sama mencari redha Allah SWT



12 comments:

  1. Good sharing PC.. kadang memang kita harus dan wajar perbetulkan diri untuk. kebaikkan bersama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak..Aamiin.Betul,demi kebaikkan bersama dan berpanjangan.

      Delete
  2. Bagus posting ni nice sharing...sy masukkan PC dlm bloglist 👍👍

    ReplyDelete
  3. kalau saling membantu satu sama lain, insya'Allah tak akan ada keluh kesahnya...

    ReplyDelete
  4. Tak semua yang kita lakukan itu betul.. Ada masanya perlu menerima teguran supaya sedar yang kita ini biasa biasa sahaja..

    ReplyDelete
  5. Saling hormat menghormati dan bertolak ansur tu sangat penting bila berkeluarga. Tak selalu kita dipihak yang betul kan? Wajar lah utk terima teguran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak.Betul.Asal setiap apa pun yang dilakukan pastikan dengan hemah dan hikmah.

      Delete
  6. Apa yang wajar dilakukan ialah rasa hormat dan tolak ansur antara satu sama lain..
    In shaa Allah akan ada keharmonian dan kesejahteraan..
    Nice sharing PC, akak suka ;)

    ReplyDelete
  7. Sentiasalah kita memperbaiki diri dan dapat melakukan perkara yg terbaik buat diri, keluarga dan masyarakat seluruhnya. Semoga Allah sentiasa memberkati... aamiin.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..