Cuba Untuk Memahami

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

CUBA UNTUK MEMAHAMI | "Tidak melalui atau mengalami itu sebenarnya sukar untuk menyelami dan menghayati bagaimana rasanya apa yang dilalui atau apa yang cuba disampaikan".

Beginilah yang PC rasa dan faham kerana 1000 kali pun orang lain mengatakan faham...Tidakkan sama dengan sekali orang yang sama-sama melaluinya mengatakan dia faham. 

Faham kerana rasa empati dan faham kerana "mengalami" itu ada bezanya yang sangat-sangat ketara kerana penerimaan yang berbeza dan penghayatan yang berada diskala berlainan.Sekadar faham dilisankan dan pergi bersama-sama angin lalu.... Dengan faham daripada hati yang paling dasar.. Besarkan jurangnya. 

Namun; 

Sejauh mana pun tidak mengalami atau melakukan.. Cuba untuk memahami itu tidak salah dan tidak merugikan sama sekali. Cubalah memahami dengan api yang dilihat, didengari dan disampaikan. Untuk memahami perlu dicuba dan dipelajari walau cuma meneka-neka.Lantaran  hidup ini tidak bersendirian. Disekeliling kita tidak hanya ada manusia lain.. Tetapi juga ada tumbuhan, haiwan dan sebagainya. 

#sama-sama mencari redha Allah SWT 

9 comments:

  1. Moga kita sama-sama cuba fahami.. ^^

    ReplyDelete
  2. Betul PC, faham dengan pengalaman lebih terkesan dengan memahami secara lisan..
    Dua situasi berbeza tapi macam sama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Kak.Betul sangat-sangat.Penghayatannya berbeza.

      Delete
  3. Betul tu PC.. da sesetengah perkara juga yg hanya difahami oleh mereka yg pernah melalui. Semoga kita sentiasa cuba memahami dan mendoakan kebaikan buat yg lain, in shaa Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.Memahami setelah melalui dengan cuba memahami ada bezanya.Namun bila ada usaha untuk cuba memahami itu pun dah besar nikmat.

      Delete
  4. Cuba untuk memahami itu sekurang-kurangnya mampu menyenangkan hati mereka yang melalui itu walaupun sedikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat.Sekurang-kurangnya beban perasaan boleh dikurangkan juga.InshaAllah.

      Delete
  5. Betul PC.. kita akan lebih faham situasi atau perasaan orang lain bila kita dah alaminya sendiri kan..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..