TOLONG Jangan Kecualikan Diri

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

TOLONG JANGAN KECUALIKAN DIRI | Sebaik-baik makhluk yang Allah SWT cipta adalah manusia.Namun kerana besarnya nafsu yang terkadang mudah lebur dan hanyut..menyebakan manusia itu pada pandangan kasarnya menjadi punca atau sebab berlakunya banyak perkara yang tidak sewajarnya berlaku.TIDAK semua menjadi punca keburukkan.Kerana insan yang baik berada di mana sahaja dan masih ramai juga..inshaAllah.Aamiin.

Surah Al-Jumu'ah | Ayat 1

Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah Yang Menguasai (sekalian alam), Yang Maha Suci, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Nyata sudah ada dalam Al Quran..justeru itu tolong jangan kecualikan diri daripada termasuk dalam kelompok atau golongan yang sentiasa mengucap tasbih kepada Allah SWT.

Lakukan aktiviti baik seperti biasa.Lunaskan setiap tugas atau tanggungjawab seperti mana seharusnya namun jangan itu dijadikan alasan pengecualian kerana ianya boleh disuburkan daripada hati juga.PC juga sentiasa bertatih ingatkan diri sendiri.Ada masa terleka juga.Ada detiknya macam Allah SWT uji engan kesibukkan dan keletihan hingga terputus tasbih kepadaNYA..Allahu Allah.

Andai manusia sentiasa teruja dan tidak mahu terlepas daripada melakukan atau libatkan diri dengan pelbagai perkara yang disukai..mengapa tidak pupuk semangat yang sama ketika mengucap tasbih kepadaNYA.

#sama-sama mencari redha Allah SWT 



11 comments:

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..