Paling Rendah Hamba Dan Paling Tinggi DIA

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

PALING RENDAH HAMBA DAN PALING  TINGGI DIA | Kadang boleh terlepas cakap.Terlepas tingkah.Terlepas banyak hal yang tidak sepatutnya terlepas atau dilepaskan..itulah kita.PC pun tak terkecuali.Lebih-lebih lagi bab bila bercakap.Macam cakap biasa-biasa je.Alah macam gurau-gurau je..ikut suka..tapi rupanya ada bunga-bunga riak(tidak ikhlas menunaikan ibadat atau melakukan sesuatu dengan mengharapkan balasan yang setimpal)..ada angin-angin ujub(bangga akan diri sendiri)..ada warna-warna takbur(sombong).

Teguran itu menyedarkan.Tetapi ada masanya tidak mampu terima teguran kerana ianya menyakitkan.Lebih-lebih lagi berasakan yang menegur tidak selayaknya memberi teguran.Walhal bukankah manusia itu cuma perantara semata-mata.Barangkali kerana rasa ego yang tinggi menjulang.Atau ada sisi lain yang perlu ditatang.

Tampar pipi sendiri.Cubit diri sendiri.Lihat dicermin wajah sendiri.Cuba.Berdialong dalam waktu yang singkat.Tanya diri.Bumi indah dipijak.Langit tenang dijunjung.Selagi mana kita hambaNYA..selagi mana kita melunas rukun Islam kedua(solat lima waktu)..sebenarnya setiap kali kita sujud..

related image
Paling Rendah Hamba Dan Paling Tinggi DIA

Dalam situasi bagaimana pun kita hamba...walau berada di puncak gunung tertinggi di dunia..tetap DIA yang paling berada di tempatnya yang TERTINGGI hingga lebur alam ini nantinya.

#sama-sama mencari redha Allah SWT

12 comments:

  1. kalau kita rasa orang lain tak layak menegur kita, koreksi diri...kita bukan sesiapa di muka bumi ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Siapa pun kita hakikatnya bukan sesiapa pun kecuali yang dinilai cuma amalan.

      Delete
  2. tak terlepas Shu pun kadang lisan ingin bercerita tapi ada pihak menganggap riak atau menunjuk. bebalik pada niat dan akhirnya diamkan diri dan sentiasa beringat bila berbicara. takut.. tergelincir niat kita, buruk padahnya kemudian hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lisan boleh membinasa. Sedar atau tidak ketika bercakap..yang sering diambil orang itu apa yang didengari sahaja..

      Delete
  3. SUBHANALLAH KITA HAMBA-NYA YANG KERDIL DAN FANA

    ReplyDelete
  4. This is a smart blog. I mean it. Pikdo is an Instagram Online Viewer that you can easily browse users, location, followers, hashtags, popular contents, statistics and much more. ...

    ReplyDelete
  5. tegur kenalah cara berhemah dan berdiplomasi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Pakcik WP. Untuk elak sakitkan ht orang.

      Delete
  6. Subhanallah.. Allahuakbar. Baru2 ni sy terdengan syarahan seorang ustaz ttg kenapa kita wajib solat. Dia beritau, ramai yg bersusah payah nak merungkai kebaikan solat bagi menyokong sebab kenapa wajib solat.. is bagus, tapi tak ramai yg nak faham sebab utamanya kerana ia satu perintah dari yg Maha Tinggi.. sebagai hamba, kita patut ikut, tak perlu persoal banyak jika kita tahu dan yakin peranan hamba.. Allahuakbar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat-sangat. Sedar diri hamba-NYA.. Ikut setiap Suruhan-Nya dan tinggal apa sahaja LARANGNYA. Bila sentiasa Bertanyalah itu bererti meragui.

      Delete
  7. SubhanaAllah.. terima kasih atas teguran PC.. Kadang2 dalam tak sedar dah riak walaupun bukan niat.. Kena muhasabbah diri lagi ini.. terima kasih..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..