Mimpi

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

MIMPI | Ada tak sesiapa yang tak pernah bermimpi seumur hidupnya ketika tidur.Mungkin ada.Tidak mustahil jugakan kalau Allah SWT berkehendak begitu.Atau setiap malam tidurnya didatangi dengan pelbagai mimpi pun tidak mustahil juga.Ada juga cuma sesekali sahaja mimpi singgah dalam lenanya.

Banyak sangat tafsiran mimpi yang boleh diakses dengan mudah.Secara terus atau melalui khidmat teknologi.Setiap bangsa..agama ada cara dan kepercayaan masing-masing dalam mentafsir mimpi yang disampaikan.Kalau A kata begini..sedangkan B kata begitu.Mudahnya,dengar dan hormati sahaja.

Mimpi mainan tidur.Sesetengah orang berpendapat begitu.Menganggap mimpi itu cuma mainan tidur.Kadang ada satu hal yang difikirkan dengan sangat serius..tidak mustahil hingga terbawa-bawa dalam mimpi.Ada juga kadang tu kita tak suka sangat..atau suka sangat akan suatu hal..pun boleh jadi sampai terbawa-bawa juga dalam mimpi.

Pengaruh persekitaran boleh juga menyumbang masuknya episod-episod dari alam nyata ke alam lena.Terlalu takut.Terlalu gembira.Terlalu sedih.Eh terheret juga dalam tidur menjadi mimpi.Tidak mustahil juga.

Mimpi tidak semuanya mainan tidur.Ada masa Allah SWT datangkan petunjuk melalui mimpi untuk menjawab setiap hajat atau istikhrah kita.Ada ketika mimpi yang Allah SWT datangkan dalam tidur kita itu menjadi hidayah untuk hambaNYA.Boleh jadi juga mimipi itu menjadi peringatan atau amaran yang sangat berguna.Kadang-kadang kita mimpi dulu kemudian baru terjadi hakikatnya..sehinggakan bila satu hal itu berlaku..kita sedar dan mampu imbas setiap mimpi yang pernah singgah dalam tidur kita itu.

related image
Mimpi

Biar pun cuma mimpi..jangan ambil mudah dan jangan pandang remeh.Bukan bererti setiap kali mimpi mesti fikir sampai kebas otak..tidaklah begitu sekali..namun cukup ambil peringatan daripada setiap mimpi itu..

#sama-sama mencari redha Allah SWT

10 comments:

  1. Mimpi kadang petunjuk namun adakalanya permainan syaitan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat-sangat.Justeru itu mesti hati-hati .

      Delete
  2. kadang mimpi pun bercerita membawa ilham kpd penulis untuk menggarap karya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Kak PI..setuju sangat tu..yang baik boleh dikongsikan.

      Delete
  3. Ya betul tu PC. Tak semua mimpi itu mainan tidur. Ada benda kita kena berfikir dan ada benda kita kena abaikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat sangat.Lebih-lebi lagi yang sedang beristikharahkan..perlu rujuk pada yang lebih faham dan mahir.

      Delete
  4. kalau suami saya mimpi pelik2, dia mesti akan tanya saya dulu...saya la jadi mangsa kena tafsirkan mimpi dia...hahahha

    mimpi mainan tidur, lebih banyak mimpi adalah daripada syaitan...jika ada rezeki, mimpi datang dari petunjuk Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.Suami PC pun macam tu..bangun tidur terus ngadu...kadang ada mimpi yang lucu..kadang ada mimpi yang seram juga.moga setiap mimpi itu petunjuk yang baik dariNYA.

      Delete
  5. kata orang mimpi mainan tidur. tapi kalau mimpi maknanya tidur kita tak lena la kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada juga cakap macam tu..kalau penat sangat..susah nak mimpi ..

      Delete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..