Sesekali..

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

SESEKALI..

Selalu itu berat
Kalau beratlah
Sentiasa itu susah
Kalau susahlah
Kerap itu payah
Kalau payahlah
Sesekali itu pasti ringan

Sesekali janganlah diberatkan
Jangan disukarkan
Jangan juga dijadikan satu beban
Sesekali itu cuba diisi peluang
Cuba ambil kesempatan

Sesekali itu juga rezeki
Tidak semua berpeluang walau hanya sesekali
Boleh jadi langsung tidak berpeluang
Boleh jadi juga tuntutan yang merapat

Biarpun sesekali
Cuba isi dengan yang berkualiti
Paling disukai diri sendiri
Paling digemari Nabi kekasih Ilahi 
Paling juga dicintai Ilahi

Sesekali itu boleh jadi peluang terakhir
Boleh jadi satu permulaan juga
Sesekali itu asbab segala yang mungkin
Mungkin yang membaik
Mungkin yang memburuk
Doa moga mungkin yang buat kita merapat dengan Tuhan

Sesekali..
Mempertimbangkan dan bertolak ansurlah
Muhasabah kemudian mujahadahlah(sungguh-sungguh beribadah)
Selusuri dan mencari tarbiah
Moga kemenangan itu bukan menjadikan dirimu angkuh

Sesekali membumilah takkan rugi malah disayangi dan disenangi
Sesekali melangitlah supaya sedar diri ada yang lebih tinggi 

related image
Sesekali.. | Gambar Google

#sama-sama mencari redha Allah SWT

9 comments:

  1. Dalam hidup kita pasti ada sesekali nie kan PC.. apapun semoga kita sentiasa dalam redha Allah..

    ReplyDelete
  2. sesekali tu yang selalunya payah, atau mudah, tak boleh jangka bila time sesekali tu...kan,kan,kan?!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.Moga sesekali yang baik itu menjadi selaku..aamiin.

      Delete
  3. Bila rasa payah, cuba sesekali ikhlas kan hati. InsyaAllah terasa ringan lepas tu. Setuju dengan PC. tak kan rugi membumikan diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..ikhlas..syukur..sabar ni macam anak kunci dalam kehidupan..aamiin.terima kasih kak Ana.

      Delete
  4. Sesekali, sometimes its a good thing. Hehe. Dah lama tak datang blog pc, dah berubah wajah ehh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe,,Nad pun dah berubah status ya..alhamduillah.

      Delete
  5. Sesekali juga biarlah perkara yg tetap ke arah kebaikan sbb ada setengah org, sesekali tu bermaksud buat benda yg tak baik pula huh..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..