Semangat

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

SEMANGAT |Boleh datang boleh pergi dengan pelbagai asbab dalam kehidupan kita..itulah semangat.Penting semangat dalam menjalani kehidupan..tidak kiralah dalam urusan apa sekalipun.Urusan peribadi,pekerjaan,rumahtangga,perhubungan dan jangan pernah lupa..paling penting juga setiap kita harus sentiasa bangunkan semangat dalam melakukan kebaikan serta beribadah kepada-NYA.

Carilah semangat pada wadah yang betul dan tepat.Lain orang lain cara mengembalikan semangat pada dirinya.Banyak perkara dan cara boleh dilakukan sebenarnya kan..kan..kan..diri sendiri yang tahu jalan mana terbaik dilakukan supaya berseri dihati dan diwajah kembali menyerlah.

RELATED IMAGE
Semangat | Google image

Semangat memacu banyak potensi dalam diri seseorang individu dan usaha menjadi kenyataan serta bukti bahawa kita mampu dengan izin-NYA.Semangat antara salah satu faktor penting yang menyumbang kepada berdirinya personaliti seseorang itu.Untuk bangkit itu memerlukan semangat.Untuk membina semula juga memerlukan semangat.Apatah lagi untuk mengatur langkah demi langkah seterusnya lebih-lebih memerlukan semangat yangkuat,kental dan berterusan.

#sama-sama mencari redha Allah SWT

18 comments:

  1. Banyak cara nak naikkan semangat. Ada org baca buku motivasi, dengar ceramah, pergi kursus dll. Apa yang penting pada akhirnya, semoga semangat tu terus menaik dan menaik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tinggal pilih sahaja cara nak naikkan semangatkan kak Ana.Terpulang pada diri sendiri dan dengan izin Allah juga.Betul..moga semangat yang dipupuk terus meningkat sentiasa.Aamiin.

      Delete
  2. sejujurnya masih struggling dgn diri sendiri hehe. all the best to me
    nice sharing!

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah teruskan berusaha ya..nanti Allah permudahkan.Aamiin.

      Delete
  3. Bagimana agaknya ingin kembalikan semangat ketika dulu selalu update artikel blog dan kini rasa semangat itu hilang jauh entah kemana.. Sedang mencuba mencari semangat yang dulu sesat entah kemana.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semangat nak update blog ni akan naik turun sebenarnya.Kadang langsung tak ada semangat.Kadang terlebih semangat.Lihat sahabat yang rajin update..blogwalking ke blog kita..itu juga menjadi semangat kita terus nak update..inshaAllah.

      Delete
  4. Ya betul. Nak buat sesuatu memang perlukan semangat. Kalau takde semangat macam mana nak teruskan hidup ini. Berdoa semoga Allah beri semangat yang kuat untuk hadapi segala dugaan dan rintangan hidup ini. InshaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.InshaAllah.Betul kak.Semangat penting untuk siapa pun kita walau kanak-kanak sekalipun perlukan semangat dan sentiasa mesti diberi semangat.

      Delete
  5. marina biasa paksa diri untuk jadi bersemangat. dan marina set mind sesuatu yang kita buat tu adalah tanggungjawab yang perlu kita dilaksanakan. tak gitu?hihi

    Jom baca pendapat Marina pasal movie ni. Movie Review : Spiderman - Far From Home.
    Jom follow Marina https://marinabashah.blogspot.com .Marina dah follow blog ni.:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.kadang semangat datang sendiri.Kadang perlu dicari dan digilap tidak kurang perlu dipaksa juga..
      Alhamdulillah done follow blog Marina.

      Delete
  6. Semangat akan datang bila otak kita mula menghantar kata positif dan terus nak menuju ke arah apa yg kita nak dan suka....bila buat benda kita k suka..terus hilang semangat😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju.Apa yang positif jadi pemangkin semangat.Kalau lakukan sesuatu cara terpaksa pun buat kita hilang semangat jugakan..

      Delete
  7. Semoga semangat takkan luntur walau semakin dimamah usia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.InshaAllah.Supaya generasi termotivasi melihat yang lebih dewasa sentiasa bersemangat pada kebaikkan.

      Delete
  8. Semangat ni turun dan naik. Nampaknya kita kena perbaharui azam setipa hari baru ada semangat untuk berusaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.Setiap hari muhasabah diri..cari aura positif dan berusaha ke arah kebaikkan.

      Delete
  9. Ada masanya semangat tu hilang.. Ada masanya ia kembali..
    namun ada je cara untuk terus bersemangat.. setiap orang lain pilihannya..

    ReplyDelete
  10. semangat sgt penting.
    tanpa nyer, kita layu!!!
    aida suka cari semangat time pagi hari.
    pe pun, aida try to be as positive as i can, pc.
    if not, the whole day akan jadik kureng jer.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..