Boleh Melihat Masa Depan? Biar Betul!

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

BOLEH MELIHAT MASA DEPAN? BIAR BETUL! | Tak ada boleh diadakan.Jauh boleh didekatkan.Seorang boleh jadi dua.Sebelah kanan boleh dipindah sebelah kiri.Tak jelas boleh jadi jelas.Tak cantik gelap kusam boleh jadi terlajak cantik cerah bersinar.Gemuk boleh jadi kurus ramping.Montel boleh jadi runcing.Zaman serba canggih.Banyak application boleh dimuat turun secara percuma dan sangat mudah terutama bila kita menggunakan telefon pintar hinggakan kadangkala ada yang sanggup memperdaya dan ramai yang terpedaya.Sekarang ni nak tahu jumlah dan jantina anak pun boleh..nak tengok macam mana rupa kita 10..20 tahun kalau dipanjangkan usia pun bukan lagi masalah.Ada je faceapp boleh dimuat turun..boleh melihat masa depan? biar betul!..hehehehehe.Direzekikan usia yang panjang..tua itu kita akan tempuhi.Memperlahankan proses boleh tapi untuk menghalang tidak ada keupayaan kita. 

Salahkah?..peribadi bagi PC berbalik pada niat kita bagaimana mahu mengolah setiap kemudahan yang ada.Sama ada setiap kemudahan yang ada itu digunakan untuk kebaikkan untuk diri sendiri serta orang lain atau digunakan untuk membinasakan juga pada diri sendiri serta orang lain.Itu sahaja.Kadang kita menyalahkan kemajuan..menuding jari pada pesatnya perkembangan teknologi..kita ada hak untuk memilih.Ada akal untuk mempertimbangkan perlu atau tidak dan ada iman untuk menapis apa yang wajar dan sebaliknya.

Sebagai seorang blogger pun sentiasa memerlukan kepelbagaian apps untuk menghasilkan satu imej terbaik sebelum dikongsikan pada setiap entri.Lebih-lebih lagi bagi perkongsian berteraskan pelancongan,review makanan yang memerlukan banyak gambar sebagai teraju utamanya.Tak gitu.Haruslah.

Apa yang ada hari ini..kita gunakan.Boleh jadi ianya sekadar suka-suka atau hiburan.Boleh jadi juga ianya menjadi penanda aras boleh melihat masa depan..biar betul?..bukankah untuk melihat masa depan kita lihat anak bangsa hari ini bagaimana segenap sudutnya.Namun begitu tidak semua mampu dan boleh kita simpulkan dengan hanya membut analisis sedari sekarang.Alam ini Allah punya..boleh jadi perkiraan manusia akan berlaku 10 tahun lagi sedangkan Allah berkehendak esok ianya terjadi..kun fayakun.

related image
Boleh Melihat Masa Depan? Biar Betul! | Gambar Google

#sama-sama mencari redha Allah SWT

8 comments:

  1. setuju apa yg pc tulis. semuanya atas pilihan dan nawaitu kita. terima kasih menulis dan mengingatkan kami semua sekali lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih..sebab PC rasa kita boleh pilih..apa pun yang ada..terserah kita bagaiamana mahu mengurusnya..

      Delete
  2. Sekadar suka-suka gunakan faceapp bukanlah melihat masa depan. Secara logiknya memang tak logik gambar masa depan tu hehehe. hensem sangat haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk hiburan sekilas lalu..hehehehe..wah hensem sangat pulak..

      Delete
  3. aida x brape guna apps di fb tu.
    tgk bilangan anak la. muka tua muka muda la. akan dtg kerja apa la.
    but ramai je friends fb yg guna. sekadar hiburan :)
    gelak gelak bila stress keje kot kan, PC.
    aida xde masalah dgn semua ni, just memang x brape suka nak buat. malas kot!
    masa depan ni kita ukir slowly dari sekarang.
    yg ada sekarang adalah hanya pemangkin utk kita terus sukses. in shaa Allah.
    apapun, semua di tgn Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PC tengok..mana yang rasa nak cuba ada juga cuba tapi tidak begitu beriye-iye..sekadar suka-suka atau jadikan ketawa kami suami isteri atau bila dengan keluarga..bukan satu keperluanlah mudah cakapnya..ada yang ikuti..ada juga yang PC abaikan..hehehe.

      Delete
  4. Rasanya ramai yang saja je tu hiburkan hati, kan kak PC.. Semoga kita panjang umur sihat sentiasa.

    ReplyDelete
  5. Sekadar hiburan kan semua tu PC.. apapun semoga kita semua sentiasa dalam redha Allah..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..