Hargai Kehidupan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

HARGAI KEHIDUPAN

Awal subuh mencari lokan
Mahu dihidang untuk santapan
Jangan dianiaya apa pun jenis hidupan
Kelak bangkit bersaksi di hadapan Tuhan

Hati-hati bermain dengan peluru
Peluru sesat yang kita tidak mahu
Ingat mati itu perlu
Jaga kesihatan jangan mahu tidak mahu

Boleh dengar banyak hiburan
Tidak seindah seruan azan
Biarpun hidup di dunia persinggahan
Hargailah sebaiknya rezeki dari Tuhan

Habis dibakar mercun sepapan
Bunyinya berdesing ditegur jiran
Jangan tertumpu hanya pada insan
Haiwan dan tumbuhan juga ada kehidupan

Dalam faraid ada hibah
Perkara mudah jangan disusah
Niatkan semuanya kerana Allah
Moga berkat tiada berhelah

related image
Hargai Kehidupan | Gambar Google

#sama-sama mencari redha Allah SWT
#senyumlah sikit

11 comments:

  1. Semalam baru berbincang pasal hibah ini dengan mak saudara.. Sekarang semuanya kena buat awal.. Zaman dimana harta menjadi rebutan.. Walau adik beradik rapat.. Tu belum saudara mara yang rambang mata.. huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Sha..selagi mak ayah hidup..uruskan la awal..bukan kerana tamak harta..bukan kerana nak mak ayah mati cepat ke apa..bukan..bukan sama sekali tapi untuk memudahkan urusan dan elakkan putus tali persaudaraan satu dengan yang lain..da biasanya harta pusaka menjadi isu besar utama selepas kematian ibu ayah kita..

      Delete
  2. HARGAI NAFAS YG MASIH MAMPU DIHELA DGN AMAL SEBAIKNYA

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu sebaik-baiknya kak PI..isi dengan sebanyak-banyak kebaikkan.Aamiin.

      Delete
  3. W'salam PC,
    Alhamdulillah, syukur atas segala kurniaanNya..
    Janganlah berlaku kejam di atas muka bumi ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak.Bila kita menzalimi..tidak mustahil kita juga akan dizalimi nanti.

      Delete
  4. kak PC sentiasa memberi nasihat yang baik =)

    ReplyDelete
  5. Harga yang tidak dapat dinilai dengan RM
    Tetapi nilaiannya ada di dalam hati kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Pakcik..berbalik pada diri masing-masing.

      Delete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..