Nuzul Al-Quran 1440H

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

NUZUL AL-QURAN 1440H | Hari ini 17 Ramadhan.Separuh bulan Ramadhan telah kita tempuhi dan berlalu.Alhamdulillah.Berbaki lagi separuh..moga ianya juga menjadi rezeki indah untuk kita semua umat Islam melunaskannya dengan memberikan sebaik-baik kualiti puasa sedaya mungkin.Aamiin.

Related image
Nuzul Al-Quran 1440H | Google Image


Iqra' menjadi ayat Al-Quran pertama  yang diwahyukan kepada Rasulullah SAW melalui Malaikat Jibril yang pada detik itu Rasulullah SAW sedang beribadah di Gua Hira'.Satu demi satu ayat diwahyukan kepada baginda hingga lengkap menjadi satu surah yang dikenali sebagai Surah Al-Alaq. 

Peristiwa indah ini berlaku pada malam 17 Ramadhan.Al-Quran merupakan mukjizat besar dan indah daripada Allah SWT kepada Rasulullah SAW yang kekal hingga ke hari ini untuk menjadi panduan dan pegangan hingga alam melebur kelak.

"Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah.RUJUKAN

Senaskah Al-Quran yang kita pegang,baca dan teliti setiap hurufnya itu mewah dengan kisah yang indah dan suka duka dilalui oleh Rasulullah SAW.Besar dan berat perjuangan baginda.Menyebar setiap wahyu Allah SWT ini.Mengapa kita umat baginda tidak manfaatkan hasil perjuangan baginda dengan sepenuh hati sebagai tanda kasih.Jadilah umat yang bukan hanya bersemangat diketika sambutan hari kelahiran baginda pada setiap 12 Rabiul Awal sahaja.Mendekati Al-Quran juga antara tanda penghargaan umat kepada kekasih Allah SWT ini.

related image
Nuzul Al-Quran 1440H

#sama-sama mencari redha Allah SWT
#senyumlah sikit

13 comments:

  1. Salam Nuzul Quran kak PC..
    Jom kita dekat selalu jiwa dengan al Quran..😊

    ReplyDelete
  2. InshaaAllah. Moga kita istiqamah mengaji AlQuran dan memahaminya :) aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengaji,memahami dan mempraktikannya juga kan..inshaAllah.Aamiin.

      Delete
  3. Salam Nuzul Quran PC. Semoga kita termasuk dalam golongan org2 yang mendapat syafaat al-Quran. Amin.

    ReplyDelete
  4. salam Nuzul Al-Quran. terima kasih berkongsi info

    ReplyDelete
  5. Sama2 Lah Kita menyambut dtn memperbanyakkan lagi bacaan Dan memahami alquran

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..