Kan Bagus Kalau

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

KAN BAGUS KALAU |Selalu dengar tak orang sebut ''kan bagus kalau''..lebih -lebih bila rasa tidak puas hati pada satu-satu hal..tak pun membayangkan memerlukan sesuatu..berharap la mudahnya..PC pun kadang cakap juga ''kan bagus kalau''.Apa yang diharapkan meleset daripada jangkaan kita yang lemah lagi kerdil ini maka keluhan mudah dan sangat ringan terbit dari mulut.

Hurmmmmmmm.

Related image
Kan Bagus Kalau | Google Image

Bila letih buat kerja..kan bagus kalau ada yang urutkan macam kat spa tu..
Bila apa yang dilakukan kurang menjadi ..kan bagus kalau sekali buat terus jadi..
Bila ada niat,hajat atau cita-cita..kan bagus kalau niat aje terus terlaksana..
Kan bagus kalau..itu..kalau ini..bla..bla..bla...

Banyak sangat dan banyak lagi ''kan bagus kalau'' yang sering kita ungkapkan..harapkan dan inginkan terjadi dengan kadar yang paling segera..tetapi bila difikir semula..buruknya berpatah balik pada kita kemudian hari.Lebih mudah kita dapat sesuatu itu tidak mustahil kita agak kurang mahu menghargai dan menjaganya.Boleh jadi juga kita menjadi sombong dengan segala kemudahan yang ada..tiadalah konsep usaha,sabar,doa dan tawakkal.

Semua telah diatur dengan cukup sempurna oleh-NYA.Cuma lambat atau cepat manusia menerimanya.Kan bagus kalau manusia sentiasa ingatkan diri dan sedar cuma syurga tempat bersenang lenang selama-lamanya.Hikhikhik

#sama-sama mencari redha Allah SWT
#senyumlah sikit

10 comments:

  1. sebaiknya jangan mengeluh. cuba baiki apa kekurangan yg ada ...

    ReplyDelete
  2. Yerr PC, sebolehnya begitulah tapi sejak-sejak ni Sis dah malas nak kata apa, kadang lebih baik diam dan serahkan ajelah pada Allah, moga semuanya dipermudahkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sampai satu tahap kita akan rasa malas nak ambil tahu sebab dah rasa berat menanggung rasa..perasaan jadi kebas..betul la Sis serah pada DIA.

      Delete
  3. kalau positive selalu
    mesti kita tak terfikir mcm tu kan
    fikirkan yg baik2 je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.InshaAllah.moga sentiasa positif dalam keadaan apa pun.

      Delete
  4. Saya pun adakala tak terkecuali daripada 'kan bagus kalau' tu huhu.. tapi pernah ada ustaz pesan yg syaitan suka sgt dengan perkataan 'kalau', sbb ia mampu membawa manusia utk tidak bersyukur dan berangan2 panjang.. syaitan gembira bila manusia tak bersyukur dan berangan2 panjang. Terima kasih atas peringatan ini PC.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 'Kalau' tu lagi satu macam kita ragu pada kuasa Allah.Syaitan gembira dapat tarik kita tapi hujungnya manusia yang derita.

      Delete
  5. Bahaya kan penangan ayat kalau ni..adakala kita tak sedar yang kita tak bersyukur..

    ReplyDelete
  6. Kadang Kak Sue pun ada tercakap macam tu PC.. tambah bila fikir pasal Mak.. tapi cepat-cepat ingatkan diri balik.. Allah dah susun semua untuk kita.. redhakan lah..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..