Isilah Dengan Sebanyak-banyaknya

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

ISILAH DENGAN SEBANYAK-BANYAKNYA |Ibarat sebiji tempayan yang kosong,isilah dengan air yang bersih sehingga penuh agar bila diperlukan ianya sudah tersedia.Umpama sehelai kertas yang bersih,baru dan lebar..tulis dan lukiskan kata-kata indah dan ilmu bermanfaat agar boleh dijadikan rujukkan melerai andai adanya simpulan-simpulan kecil.

Salam 12 Ramadhan 1440H bersamaan 17 Mei 2019M.Jumaat.Bererti hari ini merupakan hari ke-12 umat Islam menunaikan ibadah puasa.SubhanaAllah.Alhamdulillah.Allahuakbar.

Selagi masih diberi izin berdegup jantung,berdenyut nadi..isilah dengan sebanyak-banyaknya amalan kebaikkan.Kita tidak mampu untuk menilai ganjarannya kerana itu menjadi satu kerahsiaan daripada Allah SWT.YAng menarik kita ke syurga Allah itu adalah kasih sayang-NYA..dan antara cara meraih kasih sayang Allah adalah lunaskan apa disurug..sisihkan apa yang dilarang.Satu masa kita mengharapkan bantuan daripada insan-insan yang masih hidup..namun dalam detik yang sama kita sendiri pun perlu gerak dahulu bantu diri sendiri.Belum tentu setelah kematian kita orang akan ingat segala kebaikkan kita boleh jadi yang sering menjadi bualan adalah keburukkan kita semata-mata.Wallahua'lam

related image
Isilah Dengan Sebanyak-banyaknya | Google Image

Salam Jumaat indah.

#sama-sama mencari redha Allah SWT
#senyumlah sikit



5 comments:

  1. ustaz cakap dalam tazkirah semalam. dalam bulan ramadan dalam sehari jangan lupa sedekah, baca quran dan tambah ilmu. buat la hari2 benda ni walaupun sedikit.

    ReplyDelete
  2. In shaa Allah.. moga ibadah puasa serta amalan2 kita semua sentiasa diterima Illahi.. aamiin ya Rabb.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..