Cuba Renungkan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

CUBA RENUNGKAN

Tidur dalam keadaan menahan lapar itu menyakitkan
Dan tidak boleh tidur pun sebenarnya
Berlainan pula ketika mahu beribadah
Mengurangkan rasa kenyang itu lebih memberi rasa keselesaan

Meredakan rasa kemarahan itu sukar
Sukarnya bila orang yang kita marah itu sentiasa di hadapan mata
Rapat dan selalu dekat
Berbanding berasa marah dengan orng yang jauh
Panasnya agak mudah mereda

Kata-kata itu boleh berperisa gula-gula atau lada
Tidak kiralah berperisa yang mana
Hujungnya akan berpatah balik kepada kita
Berasakan semuanya seperti yang pernah kita lontarkan

Memberi dan menerima
Kalau kita rasa telah banyak memberi
Sebenarnya kita terlebih dulu berganda banyaknya menerima
Tidak minta pun DIA tetap memberi
Cuma kita lupa bersyukur pada-NYA
Tidak dikira banyak kita memberi 
Selagi tidak memenuhi hak yang DIA minta

related image
Cuba Renungkan | Google Image

#sama-sama mencari redha Allah SWT
#senyumlah sikit

14 comments:

  1. renungan yg bagus utk muhasabah diri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Moga menjadi renungan PC juga yang menaip ni. Aamiin.

      Delete
  2. Bak kata orang yang jauh tu kentut pun bau wangi huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Yang dekat walau lebih wangi jadi masam.

      Delete
  3. renungan hari senin. sama-sama kita bersyukur.

    ReplyDelete
  4. Renungan yang bagus.. Alhamdulillah, banyak yang perlu disyukuri..

    ReplyDelete
  5. wow... sinis sgt tu kata-kata berperisa gula dan lada.... dr kecil akak selalu kena... ntah nape... hehehe... skang dh tak heran... yg ptg doakankan mereka dgn yg baik... insyaaAllah kita pun tenang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dah terbiasa..buat manusia sentiasa tabah dan kuat semangat kan kak. Setuju.. Doakan.

      Delete
  6. Banyakkan bersyukur dalam hidup kita.
    terlalu banyak anugerah-Nya yang kita terima.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Supaya lebih luas nikmat bila sentiasa bersyukur. Aamiin.

      Delete
  7. Betul tu kak PC. Menarik perkongsiannya :)

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..