Seruan Mana Yang Didahulukan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

SERUAN MANA YANG DIDAHULUKAN |Banyak seruan yang baik-baik disekeliling kita.Sangat banyak.Cuma bagaimana penerimaan diri masing-masing sahaja yang membezakannya.Dan terkadang seruan yang tidak baik lebih mencuri tumpuan dan segelintir manusia memberi perhatian yang berlebih-lebihan.Mungkin yang tidak baik itu lebih mudah dituruti..Mudah di dunia mungkin.

Tunggu seruan..Seruan apa yang ditunggu.Setiap hari lima kali sehari seruan wajib berkumandang ingatkan hamba-hambaNYa detiknya hamba ber"dating" dengan Pencipta sudah tiba."Dating"lah sebaik-baiknya.Sepuas-puasnya.Cakaplah apa pun.Mengadulah apa yang dimahu.Nak nangis.Nak gosip.Nak apa..minta sungguh-sungguh.Jangan pernah jemu.Tadah tangan.

Hidup usahakan untuk ada matlamat.Tiada istilah terlambat.Terlewat.Selagi ada kemahuan..kayuh terus jangan putus asa.Seruan mana yang didahulukan..ada kaitannya juga dengan matlamat hidup kita di dunia ini.Nampak macam kecil dan tidak penting..tetapi ianya besar pengaruhnya.

Andai ada dua seruan dalam waktu yang sama..seruan untuk memenuhi tuntutan daripadaNYA..dan seruan untuk menikmati hiburan di dunia yang sementara..dan yang mana satu seruan bakal kita pilih.Macam mudahkan.Macam kacang sangatkan.Tetapi percayalah jika berada disituasi..ianya menjadi berat dan liat kalau tidak benar-benar kuat dan jelas matlamat menjadi seorang hamba yang bakal hidup kekal diakhirat kelak.

Bila ingat mati kita akan tahu seruan mana yang mesti didahulukan.InshaAllah.Aamiin.Moga PC dan kita semua serius untuk melakukannya.Istiqhamah.

related image
CREDIT GOOGLE IMAGE

#sama-sama mencari redha Allah SWT

18 comments:

  1. Replies
    1. InshaAllah aamiin..kita semua moga istiqhamah.

      Delete
  2. bila azan berbunyi kena terus gi masjid...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setidak-tidaknya terus menunaikan solat..aamiin.

      Delete
  3. sama-sama kita mencari redha Allah SWT.

    ReplyDelete
  4. Seruan menuju ke akhirat memang berat nak kerjakan. Tp cuba kalau seruan ke arah hiburan berdesup kita pergi kan. Susahnya nak didik hati ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju kak..kadang kita kalah sebenarnya..betullah kerana syurga itu mahal dan sangat berharga.

      Delete
  5. Allahuakbar...terkadang lalai juga diri sendiri...
    Moga diriku istiqomah ...sama-sama kita mencari redho Allah ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam tu jugalah PC kak..sama-sama kita usahakan lagi jadi lebih mentaati..aamiin..inshaAllah.

      Delete
  6. Semoga kita terus istiqomah perbaiki diri kan PC.. Kak Sue pun memang selalu alpa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang PC tergelincir juga kak Sue.Moga taubat Allah terima.Aamin.

      Delete
  7. SERUAN YG MELALAIKAN ELOKLAH DIABAIKAN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin..moga kuat iman kita untuk menepisnya..

      Delete
  8. terima kasih kerana selalu mengingatkan =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.Sama-sama.Moga sentiasa bermanfaat ya.

      Delete
  9. Sungguh PC..sewaktu mengerjakan 5 waktu adalah saat yg paling indah dan paling afdal untuk memohon dan mengadu kepadaNya..

    ReplyDelete
  10. Seruan Illahi perkara yg patut kita dahulukan melangkaui yg lain. Semoga terus istiqamah dlm mengerjakannya.. aamiin.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..