Jangan Pilih Yang Lain..Pilih Diriku..Ya Aku


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT

JANGAN PILIH YANG LAIN..PILIH DIRIKU..YA AKU

Mama..babah
Ya aku bukan yang terbaik.
Sangat jauh dengan anak-anak soleh solehah yang lain.
Sungguh-sungguh kebaikan mereka.
Tidak layak rasanya menjadi anakmu.
Memiliki ibu bapa sebaik kamu.
Sesabar kamu.
Seikhlas kamu.
Kamu sentiasa tegar dijiwaku.
Satu anugerah paling indah dan hebat buatku.

Hati mahu menjadi anak paling taat.
Mahu paling berjasa.
Paling sabar melayani.
Paling kedepan bila diingini.
Namun sering sahaja aku gagal.
Bukan sekali untukmu mama babah tapi berkali-kali.
Aku gagal lagi.
Aku sering berjanji pada diri.
Aku mahu seperti Uwais Al-Qarni.

Wallahi aku takut.
Takut menghadapi kehilangan abadi.
Takut melihat tubuhmu dibaluti kain tidak berwarna-warni lagi.
Bagaimana aku nanti.
Ya ada Tuhan disisi.
Hakikat aku berat melepasi.

Terlalu banyak yang telah mama dan babah beri.
Sedang aku lebih banyak menyakiti.
Sering buat kamu tertanti-nanti.
Mungkin sakit yang tidak mampu mata memerhati tapi hati merasai.
Dalam doa belum cukup bagiku.
Dalam nyata terlalu banyak kurangku.

Pedih melihat air matamu mama.
Pedih melihat air matamu babah.
Pedih hatiku.
Pedih yang luar biasa kutanggung.

Pepasir dipantai.
Buih dilautan.
Begitu berdosanya diriku padamu.
Lebih-lebih lagi.
Allah..hadiahkan surga buat mereka.
Nanti bila sudah di sana.
Bila kita sama-sama sudah tiada.
Aku merayu mama babah.
Aku merayu sedari dunia lagi.
Tolonglah.
Jangan pilih yang lain..pilih diriku..ya aku.
Tetap menjadi anakmu.
Dan kamu........
Tetap menjadi mama dan babahku.

Related image

#sama-sama mencari redha Allah SWT


4 comments:

  1. T.T kite rasa setiap anak2 mesti akan at least rasa macam ni. in my case.. im the only one. lagi rasa segalanya2 kena jadi yg terbaik. semoga semua baik2 saja =')

    ReplyDelete
  2. Mak dan Abah antara orang yang teratas dan paling utama buat Kak Sue.. semoga kita semua menjadi anak yang soleh dan solehah yang dapat membahagiakan mereka di dunia atau akhirat nanti.. aamiin ya rabb..

    ReplyDelete
  3. Terkesan dgn perkongsian ini.. memberi maksud yg mendalam. Ayah saya sudah tiada tp masih ada ibu utk berbakti, in shaa Allah. Namun sentiasalah kita doakan kebaikan mereka pada setiap masa.. aamiin.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..