Manusia

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

Lincah sungguh langkahnya kuda
Ada aura yang sangat mempersona
Ada pelbagai ragam setiap manusia
Sama-sama meraikan berlapang dada

Disangka pelanduk rupanya rusa
Tidak mengapa itu sudah rezekinya
Bicaranya manusia banyak yang berbisa
Ambil yang baik buruknya abaikan sahaja

Tutup mulut takut bersuara
Jangan disangka hati tidak berkata-kata
Ada hitam ada putih hatinya manusia
Dasarilah dengan mata hati juga
manusia
KREDIT GOOGLE IMAGE

Ada pahala ada dosa
Sudah tentu ada syurga dan neraka
Biar bijak bermain kata
Jujur dan dusta tetap ada bezanya

Mulus sungguh pisang setandan
Bahagilah mana yang ada
Manusia sebaik-baik ciptaan Tuhan
Akal membezakan kita dengan makhluk lainnya

Daripada tanah asalnya manusia
Keturunan daripada Nabi Adam dan isterinya Hawa
Wahai manusia ingatlah sentiasa
Allah SWT sentiasa berjaga memerhati kita

#sama-sama mencari redha Allah SWT

7 comments:

  1. singgah petang :D https://messarah.blogspot.com/2019/03/misi-springcleaning-sale.html

    ReplyDelete
  2. Moga sentiasa menjadi insan yg beringat kpdNya.. aamiin.

    ReplyDelete
  3. Banyak potensi manusia ini..yang bijak meneroka diri dan kelebihan pasti Allah angkat darjatnya, sebaliknya ..masyaAllah bagi yang tak tahu bersyukur

    ReplyDelete
  4. Jom jadi manusia yang selalu bersyukur.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..