Semeja

SEMEJA
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

Dulu bermotor sekarang berkereta
Begitulah beredar zaman dan masa
Duduklah semeja dengan gembira
Kita bercerita apa adanya

Aku kau kita semeja
Sama-sama mengeja sama-sama membaca
Jangan dinilai sokongan di mana
Dipandangan Tuhan hati lebih utama

Manis sungguh air kelapa muda
Lebih enak dicampur gula melaka
Bercanggah fikiran lumrah manusia
Ukhuwah yang dijalin lebih berharga

Beza budaya beza agama
Bukan alasan tidak setara
Baik buruk ada acuannya
Perlu bijak pilih yang mana

Atok-atok duduk semeja
Sambil minum sambil bercerita
Meluah rasa menyimpul kata
Banyak tersirat daripada tersuratnya

Cari sepakat duduk semeja
Seia sekata besar impaknya
Damai itu daripada jiwa
Menyejukkan suasana sedang membara

#sama-sama mencari redha Allah SWT

4 comments:

  1. duduk semeja bercerita, bergelak ketawa bergurau senda, semoga sama-sama menjaga tutur kata bimbang lain tafsirannya..hehe

    ReplyDelete
  2. Betul sangat-sangat kak..sembang-sembang juga..adab mesti dijaga juga.

    ReplyDelete
  3. amin. semoga mendapat redha Ilahi..

    ReplyDelete
  4. Damai jiwa tenanglah kehidupan.. moga Allah sentiasa memberkati.. aamiin.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..