Kunci Tumpulkan Nafsu

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

KUNCI TUMPULKAN NAFSU |Nafsu.Semua manusia ada nafsu.Memang Allah bekalkan nafsu untuk kita semua.Haiwan juga ada nafsu.Bila sebut nafsu nampak sangat ke arah yang kurang manis disebut,walhal nafsu itu tidak hanya fokus atau tertumpu pada seks SEMATA-MATA.Biarpun begitu tidak mampu ditepis banyak kejadian tidak sewajarnya berlaku berpunca daripada nafsu.Allahu.

Selera makan juga ada kaitan dengan nafsu.Marah juga ada kaitan dengan nafsu.Berbelanja berlebihan atau pembaziran juga ada kaitan dengan nafsu.Sangat luas sebenarnya skop nafsu dalam kehidupan kita.Keperluan dan kehendak segenap sudut pun ada kaitan dengan nafsu.

Nafsu tidak mampu dikikis.Tidak boleh dibuang tetapi boleh diusahakan untuk ditumpulkan.Kunci tumpulkan nafsu ada beberapa yang boleh PC kongsikan.. 

Puasa.Ya puasa antara salah satu daripadanya.Puasa merehatkan perut,minda dan jiwa.Secara tidak langsung nafsu dapat ditumpulkan serba sedikit.Ditumpulkan ya..bukan dikikis terus sebab itulah kenapa bila bulan ramadhan walaupun sedang berpuasa namun di bazar ramadhan sentiasa berlaga bahu satu sama lain ketika berjalan.

Zikir dan istighfar.Mudah namun berat dan liat untuk dilakukan apatah lagi untuk diamalkan.Kadang lebih mudah ingat lagu hindustan,,lagu korea berbanding ingat zikir dan istighfar.Allahu.PC lah tu antaranya.Pada ketika nafsu mula bangkit..cuba zikir dan istighfar sebanyak-banyaknya.Tidak langsung bukan sekadar meredakan keinginan,ia juga dapat mengubah tumpuan kita.

Sakit.Sihat itu rezeki yang sentiasa kita harapkan.Nikmat yang besar selain Islam dan iman adalah diberi tubuh yang sihat.Sakit,tidak siapa pun mahukan kesakitan.Namun begitu pasti bersebab mengapa Allah SWT mengizinkan sakit itu menyerang tubuh kita.Keseluruhan tubuh menjadi lemah ketika sedang tidak sihat.Fikiran,perasaan kita juga tidak seaktif atau secergas ketika sihat.Begitu juga nafsu kita.Sentiasa layu dan tumpul.

Kunci untuk tumpulkan nafsu itu ada pada diri kita sendiri.Cuma bagaimana dan bila hendak kita gunakan hanya diri sendiri dan Allah SWT yang tahu.

#sama-sama mencari redha Allah SWT



10 comments:

  1. Replies
    1. Alhamdulillah.Moga dapat manfaat daripada apa yang PC kongsikan.

      Delete
  2. Kita nie gitu lah kan, selalu kalah dengan nafsu.. anyway good sharing PC..

    ReplyDelete
  3. Teringat kata2 ustaz, ada org dia didik nafsu dia agar cenderung kpd ibadah.. antara perumpamaan ibarat, seronoknya beribadah seumpama seronoknya kita dapat makanan kegemaran atau perkara2 lain yg kita sukai.. subhanallah. Mudah2an dpt didik nafsu agar sentiasa mengimarahkan kebaikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga kita Allah izin rasa begitu.Nafsu nikmat beribadah bukan hati cepat jemu pada hal kebaikkan.Aamiin..

      Delete
  4. Bila puasa ni nak buat jahat rasa sayang kan. Sebab tu Nabi anjur utk berpuasa kan PC.

    ReplyDelete
  5. terima kasih di atas perkongsian :)

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..