Bila Tergesa-gesa..Adoi

BILA TERGESA-GESA..ADOI
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

BILA TERGESA-GESA..ADOI |Ada masa kita boleh jadi sangat tenang.Santai lain macam.Nak dapat agak susah suasana macam tu.Ada masa lain macam pula tergesa-gesanya.Adoi.Peluh berjurai-jurai dibuatnya.

Tergesa-gesa?..Apakah?

Definisi : bergopoh-gapah, terburu-buru, cepat-cepat.(Rujukan)

Terlupa banyak perkara.Tidak dinafikan,bila tergesa-gesa menjadi salah satu punca kita terlupa  banyak perkara walaupun sebenarnya sedari awal telah disenarai atau diingat dengan sebaik mungkin.Boleh jadi blank serta merta dibuatnya.Kalau terlupa pada perkara atau keperluan yang tidak begitu penting tidak mengapa andai sebaliknya.Allahu.Boleh jadi gaduh. 

Bila Tergesa-gesa..Adoi

Berbahaya pada keselamatan.Sangat!.Terutama ketika mahu keluar rumah tergesa-gesa.Apatah lagi untuk tempoh waktu yang agak lama dan panjang.Tergesa-gesa boleh jadi buat kita lupa untuk memeriksa suis elektrik..atau off suis barang elektrik dan yang berkaitan.Itu belum lagi jari dan tangan tersepit dipintu..huhuhu*ada pengalaman nih..aduh*.Tidak mustahil juga rasa macam dah kunci pintu..kunci disimpan rupanya pintu tidak berkunci.lebih-lebih lagi bila yang menunggu dah memanggil-manggil.Dah awal-awal panaskan enjin kenderaan.Jangan marah kalau dapat jelingan dan bebelan padu.

Melambatkan pergerakkan dan tindakkan.Tergesa-gesa biasanya sebab nak cepat.Nak cepat sampai.Nak cepat siap.Nak cepat rehat.Pokoknya nak cepatlah.Namun sayangnya,silap tingkah atau tindak,yang awalnya nak cepat boleh berlaku dan menjadi sebaliknya.Melambatkan pergerakkan dan tindakkan.Tergesa-gesa boleh menjadi salah satu punca kemalangan hingga menyebabkan gangguan lalu lintas.Bila tergesa-gesa boleh juga menyebabkan kita berpatah balik ke rumah mengambil barang yang tertinggal.Merumitkan situasi.

Memacu kemarahan.Bila kita tergesa-gesa..orang marah pada kita.Bila kita lihat orang lain pula yang tergesa-gesa,,eh kita pun rasa marah pada orang lain.Macam itulah sifirnya.Ada yang tergesa-gesa tapi tetap menjaga.Ada pula yang tergesa-gesa tapi dibantai ikut suka.Ada bezakan.

PC terus terang tidak begitu selesa dengan situasi tergesa-gesa kerana lazimnya mewah dengan aura yang negatif.Buat apa pun hujungnya jadi serba tidak kena.Gembira itu tidak sampai pada skalanya.Namun begitu,PC juga tidak menafi adakala terjerat juga dengan situasi tergesa-gesa..Bila?..antaranya,bila teringat sesuatu yang perlu dilakukan.Bila dengar hal kecemasan.Bila ada keluarga serta saudara mara atau kawan-kawan nak datang rumah maklumkan last minit.Allahu.Lain macam jadinya.

Tergesa-gesa ni luar jangka.Kita tak tahu bila waktunya.Seringkali berlaku secara spontan.Untuk sentiasa siaga atau bersiap sedia agak mustahil kerana kita manusia ada ritma mood berbeza-beza.Tidak seperti alarm yang set begitu..begitulah bunyi dan masanya.Apa yang boleh cuba dilakukan adalah,usaha tenangkan diri. 

#sama-sama mencari redha Allah SWT

8 comments:

  1. Kak Sue pun tak suka tergesa-gesa tapi kadang terjadi juga tergesa-gesa tu PC.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la kak Sue.Setuju sangat.lagi satu bila tergesa-gesa ni jadi tak tentu arah dibuatnya.

      Delete
  2. TENANGKAN DIRI AGAR SELESA DAN TIDAK TERLALU TERGESA-GESA NAK BUAT APA SAJA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju.Ambil masa.Cari tempat yang boleh buat diri tenang.

      Delete
  3. Selalu juga tergesa-gesa, tapi tetap berhati-hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang utama berhati-hati ketika dalam situasi tergesa-gesa.itu penting.

      Delete
  4. SA selalu macam ni lately...sampai pernah terpotong jari masa tergesa-gesa masak..lambat sebab lupa mak kena makan awal..SA tak boleh orang push2 SA...sure akan jadi tergesa- gesa dan sesuatu pasti berlaku

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat.Bila tergesagesa jadi gelabah kitanya pun.Lagi satu nak marah pun ya juga lebih-lebih bila didesak atau dipantau suruh segera..merapu dibuatnya hujung-hujungnya.

      Delete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..