Bekerja Keras

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

BEKERJA KERAS | Bekerja keras memerlukan kerjasama semua pihak.Lakukan sahaja biar DIA yang menilainya.Adun dengan doa-doa daripada insan-insan istimewa.Moga setiap kerja keras kita bukan sahaja berhasil malahan berhasilnya itu disertai dengan keredhaan dan keberkatan.Aamiin.

Bekerja keras itu perlu.Bukan bererti tidak mensyukuri.Namun dalam bekerja keras itu tidak mustahil ada takdir kita yang bakal Allah SWT ubah.

Siapa pun kita.Apa pun kedudukkan kita.Di mana pun kita berada..jangan berhenti bekerja keras menjadi hambaNYA yang soleh dan solehah.

Bekerja keras tidak bererti mencukupi segala keperluan dan kehendak di dunia untuk keluarga.Bekerja keras untuk membawa ahli keluarga ke syurga DIA juga mesti dijadikan matlamat utama semasa hidup di dunia.

Boleh jadi apa yang diingini ketika ini tidak atau belum Allah tunai lantaran Allah tidak mahu terlalu banyak persoalan yang perlu kita jawab di mahsyar kelak.Terus bekerja keras ajar diri untuk lebih mensyukuri.

#sama-sama mencari redha Allah SWT



12 comments:

  1. semoga kita semua dpt istiqamah dan bkerja keras utk bawa keluarga ke syurga... aminn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. AAMIIN..inshaAllah kak Sheila.Bersama-sama di dunia.Bersama-sama juga di syurga.

      Delete
  2. Memang itu yang sis amalkan PC.. Bila bekerja kena ikhlas, tanpa mengharapkan imbuhan.
    Laksanakan tanggungjawab sehabis baik dalam semua tugasan. Alhamdulillah hati pun rasa gembira..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.Bekerja dengan gembira.Maka kerja yang dilunaskan pun lancar saja.Hati dan fikiran pun lapang kan kak LZ.

      Delete
  3. perenggan terakhir tu terkesan dlm hati aida :)
    ye. kita berusaha. namun dpt tak dpt tu adalah atas izin Allah.
    tak dpt, in shaa Allah dpt dlm bentuk lain, kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.Minta A Allah beri B pasti bersebab.Kerana DIA lebih tahu yang terbaik untuk kita hambanya kan AA.

      Delete
  4. Pasti ada hasil bagi hamba yang berusaha.. Usaha doa tawakkal.. Semoga dipermudahkan urusan kita dalam mencari rezeki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Husniey.Aamiin.Jangn mudah putus asa.

      Delete
  5. How true. Kita Kenna berusaha membuat yg terbaik

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Alhamdulillah terima kasih atas coretan yang menyegarkan minda. teruskan bertinta untuk ummah..

    ReplyDelete
  7. Bekerja keras untuk menjadi lebih baik.. Kan PC.. 😊

    ReplyDelete
  8. Allah suka insan yg berkerja keras atas kebaikan.. jika tak tercapai apa yg dihasratkan, pasti pahala usaha itu bakal menantinya di syurga, in shaa Allah.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..