06 January 2019

Perubahan Itu Adalah Bila Ada Perbezaan

PERUBAHAN ITU ADALAH BILA ADA PERBEZAAN
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

PERUBAHAN ITU ADALAH BILA ADA PERBEZAAN | Masih di mood tahun baru masihi.Masih teruja dan bersemangat itu ini begitu begini.Pada yang baik mohon diteruskan.Kalau-kalau semangat yang kurang baik sila segera hentikan.Jangan mengejut nanti terkejut.Semput.Perlahan-lahan tapi buat jangan cuma cakap.In sha Allah boleh.Aamiin.

Perubahan itu adalah bila ada perbezaan.

Gemuk kemudian kurus.Kurus eh gemuk pulak.Dulu naik tangga sejam.Sekarang naik tangga dua puluh minit.Tak suka makan sayur dan buah-buahan.Sekarang peminat menu sayuran dan buah-buahan.Nak lakukan perubahan mulakan pada perkara yang mudah-mudah dan kecil-kecil dahulu.Perasaan dan fikiran tidak terbeban..bebas tekanan.Hati lapang,fikiran tenang..urusan in sha Allah lancar.

Besar atau kecil perubahan yang berlaku atau dilakukan jangan dijadikan fikiran yang keterlaluan untuk mengukurnya.Tahap kemampuan dan keinginan manusia berbeza-beza.Ada orang memerlukan lebih waktu.Ada sesetengahnya pula memerlukan lebih sokongan.Jangan pelik jika seseorang itu tidak memerlukan waktu dan sokongan kerana tidak mahu perubahan..hihihihi.


Perubahan itu adalah bila ada perbezaan.

#sama-sama mencari redha Allah SWT

17 comments:

  1. Perubahan yang terbaik adalah secara perlahan dan istiqomah kan PC. Selalu kalau mendadak tak kekal lama. Baik dalam apa perkara pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak Ana.Istiqhomah itu penting untuk jangka masa panjang dan bertahan lama lakukan perubahan.

      Delete
  2. Apa pun biarlah secara sederhana, usah terlalu memaksa diri, buat apa termampu...

    ReplyDelete
  3. lumrah gitula. tapi semoga yang perubahan kearah kebaikan berkekalan hendaknya =)

    ReplyDelete
  4. Mulakan dengan proses perlahan2. Baru nampak proses sedikit demi sedikit. Yang penting, ada niat terus nak buat something.~

    ReplyDelete
  5. Jangan terlalu memaksa diri untuk melakukan perubahan. Kena perlahan perlahan kan.. Husniey pun berubah ni makin membesar, haaha kalau travel je baru betul² exercise. Eh tetiba 😂

    Jangan stress tau kak pc. Keep calm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihihi..betul la Husniey..santai tapi berantai(berterusan).

      Delete
  6. Terima kasih atas perkongsian PC, semoga zumal berjaya lakukan perubahan

    ReplyDelete
  7. terima kasih atas perkongsian yang sangat bagus

    ReplyDelete
  8. BERUBAH PERLAHAN-LAHAN DEMI KEBAIKAN

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..