Mencontohkan Dengan Kejernihan..

MENCONTOHKAN DENGAN KEJERNIHAN
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


MENCONTOHKAN DENGAN KEJERNIHAN | Mahu menjadi contoh susah.Mahu mencontohi lagi-lagi susah.Tetapi kalau ada kemahuan kedua-duanya menjadi mudah sahaja.Mahu atau tidak..terserah diri sendiri dan dengan izin Allah SWT juga.


MENCONTOHKAN DENGAN KEJERNIHAN

Senyap-senyap,atau secara terbuka.Hak masing-masing.Sebenarnya mencontohkan sesuatu itu ada risikonya.Mencontohi sesuatu itu juga pun ada akibatnya.Fikir dan buat pertimbangan terlebih dahulu.Langkah pertama ambil tahu.Jangan melulu dan terburu-buru,takutnya diri sendiri menjadi sasaran peluru dan diburu.Diburu rasa kesal itu lebih menyakitkan.

Suka dan tidak suka itu lumrah.Ada sahaja di mana-mana.Rasa "ngam" atau rasa "meluat" itu sentiasa menjadi asam garam di ketika manusia mahu mencontohkan.Peminat.Pembenci itu seperti rempah ratus atau ramuan..tidak semestinya selebriti sahaja menempuhinya..waima orang biasa-biasa juga ada melaluinya.

Tetapkan destinsi.Biar berliku dan perit..usahalah untuk tiba ke destinasi dengan selamat.Begitu juga manusia..apa pun keperitannya..mencontohkan dengan kejernihan hati dan fikiran.

Dalam apa pun situasi..hakikatnya berbalik pada hati.Kalau condongnya pada aura yang kurang baik..tetap ke situ perginya.Dan seandainya memang jernih..mencontohkan baik secara terbuka atau tertutup..akan tetap baik aura dan bawaannya.Sentiasa.In sha Allah.Aamiin.

#sama-sama mencari redha Allah SWT

7 comments:

  1. Semoga dijauhkan punya hati yang busuk, hasad dengki

    ReplyDelete
  2. Semoga kita semua sentiasa dijauhkan dari sifat riak dan org2 yg riak.. aamiin.

    Maaf PC, baru dpt berBW semula lepas jadual tak menentu sejak awal tahun. Semoga sentiasa diberkati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin. Aamiin. Aamiin.
      Takpelah Tn KK. Tugasan yang hakiki perlu didahulukan.

      Delete
  3. riak & ujub.
    kadang2 sendiri tak perasan.
    aduhai...

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..