Hujung Kuku

HUJUNG KUKU
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

Berakit-rakit dahulu
Biarpun timbul urat dibahu
Tiga puluh satu hari bakal berlalu
Masih sedikit anjakkan yang berlaku

Asyik makan choki choki
Tidak perasan diperhatikan guru
Sebelas bulan masih berbaki
Tidak mengapa bermula hanya hujung kuku

Jangan buang masa pergi merempit
Lebih baik belajar menyumpit
Di hujung kuku ternampak sedikit
Sungguh-sungguh in sha Allah meroket

Makan soto berserta bergedil
Sambal kicap sesedap rasa
Hujung kuku jangan dianggap kecil
Tidak mustahil merentas benua

Cuba cairkan apa yang terbuku
Agar hati tidak sedingin salju
Biar dikata berubah umpama hujung kuku
Asal istiqhomah itu paling perlu


HUJUNG KUKU

#sama-sama mencari redha Allah SWT

15 comments:

  1. cepat sungguh masa berlalu..Januari dah dipenghujungnya

    ReplyDelete
  2. esok dah Februari..cepatnya habis sebulan.

    ReplyDelete
  3. kualiti lebih penting daripada kuantiti.. :)

    ReplyDelete
  4. Lama tak baca pantun kak pc, pandai kak pc karang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sibuk ya Yana..sikit-sikit boleh la Yana.Masih bertatih.

      Delete
  5. Asalam..Cikgu kan..tak apa kita bersabar pasti akan tiba. InshaAllah

    ReplyDelete
  6. Suka rangkap keempat, ada soto dengan bergedil 😂

    Semoga baik baik saja bulan baru esoknya

    ReplyDelete
  7. tq PC utk reminder ni.
    istiqomah tu yg utama, kan.
    skit skit, yg penting berubah ke arah kebaikan.

    ReplyDelete
  8. Istiqomah tu yang penting kan PC walaupun sedikit..

    ReplyDelete
  9. dalam usaha nak istiqomah. semoga hati kuat !!

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..