Blogger!! Jangan Mudah Berpuas Hati Ya

BLOGGER!! JANGAN MUDAH BERPUAS HATI YA
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


BLOGGER!! JANGAN MUDAH BERPUAS HATI YA | Ada sasaran.Ada azam.Ada cita-cita.Ada keinginan atau hajat.Tidak kiralah istilah apa dan yang mana mahu dipilih atau digunakan..tapi begitulah.Tidak mudah menggapai impian kerana seringkali ada perubahan walau sedikit kerana kita manusia yang bernafsu dan berakal.Jangan dilupa dalam impian manusia ada takdir.Ada qada qadar.Allahu.

Menjadi seorang blogger baik sepenuh masa atau separuh masa.Sama ada serius atau sekadar suka-suka..semua telah DIA tentu dan tetapkan.Laluannya bagaimana telah juga DIA sediakan untuk para blogger semua.Andai detik ini begini,kemudian esok begitu dan akan datang lebih berganda baiknya atau biasa-bisa serta tetap sederhana..itu juga telah DIA tentukan..yang paling penting..BLOGGER!! JANGAN MUDAH BERPUAS HATI YA . 


Walau telah dikenali.Telah luas liputan sana sini.Sebut nama orang tak kenali,bila sebut blog orang ingati..pendek kata semuanya lancar ..tetap jangan mudah berpuas hati.Setiap hari terus tingkatkan semangat dan kualiti penyampaian.Gali dan pelajari tanpa jemu.Ini juga menjadi ingatan untuk Perdu Cinta sekaligus.

Doa Usaha Ikhlas Tawakal.Doa jangan pernah lelah..kerana doa itu juga cabang usaha sebelum usaha-usaha lain dilakukan.Ikhlas menyampaikan kerana rasa itu boleh menjentik jiwa yang sudi membaca apa yang dikongsikan.Manusia boleh meramal atau mencuba-cuba..namun tidak berkuasa menetapkan secara mutlak..justeru,tawakal. Jaga dan uruslah D-U-I-T betul-betul.

Blogger!! Jangan Mudah Berpuas Hati Ya

#sama-sama mencari redha Allah SWT


6 comments:

  1. Betul tu Perdu Cinta.. Kita kena sentiasa memperbaiki diri untuk lebih baik lagi.. Terima kasih atas peringatan ini

    ReplyDelete
  2. betul.. jangan putus asa dan berenti
    berusaha. keep on spreading good words. semoga yang baik2 saja menanti kita..

    ReplyDelete
  3. in shaa allah PC, terima kasih atas peringatan yang amat bermakna buat kita semua

    ReplyDelete
  4. sebarkan yg baik-baik.
    kongsi yg bagus-bagus.

    ReplyDelete
  5. Bukan putus asa
    kadang2 takde idea
    takde masa juga
    line menyiput pun ye

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..