Biasakan Yang Ringan-ringan Dulu

BIASAKAN YANG RINGAN-RINGAN DULU
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


BIASAKAN YANG RINGAN-RINGAN DULU | Bertatih.Mahu memulakan sesuatu bertatihlah dahulu untuk mencari rentak dan kesesuaian.Kadang semangat tidak sekuat suara yang lantang mengucapkan.Lidah tidak bertulangkan..boleh cakap dan sebut apa pun..namun semangat untuk terus menggebu banyak cabarannya.

Sedikit;

Biasa-biasa;

Tetapi berterusan.Macam mendaki bukit atau gunung.Macam juga naik tangga.

Bertahan itu sukar..tapi kalau mahu tidak mustahil boleh.

Biasakan yang ringan-ringan dulu..bukan sahaja dalam pekerjaan atau apa pun perancangan...sebaliknya dalam beribadah juga.Mahu berubah atau tambah menjadi lebih baik tidak mudah.Tapi tidak aneh juga.Bukan hari ni sebut nak berubah..esok terus berubah.

PC percaya..apa pun yang mahu kita lakukan perlukan proses.Tidak kiralah proses yang panjang atau proses yang singkat.Mulakan dan biasakan yang mudah-mudah..ringkas dan ringan.Fikiran tidak terbeban.Perasaan tidak tertekan.

Istighfar.Zikir.Selawat.Mudah dan ringan.Kalau boleh biasakan dengan ini tidak mustahil akan berganjak dan melangkah ke fasa seterusnya.Kebaikkan itu ada magiknya.

Niat yang baik-baik.Lintaskan difikiran juga yang baik-baik.Bukan untuk diri sendiri sahaja..untuk semuanya juga.

BIASAKAN YANG RINGAN-RINGAN DULU

#sama-sama mencari redha Allah SWT

11 comments:

  1. aida setuju.
    pe pun yg kita nak buat, yg ringan2 dulu kita mulakan dan biasakan.
    if mula yg berat terus, ditakuti diri kita terus surrender :(
    terutama dlm amalan seharian kita. berubah dgn segera.
    mulakan dgn yg ringan. yg wajib. then, baru lah beralih kpd lebih lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju..jaga yang wajib..yang sunat dan sunah buat perlahan-lahan..in sha Allah nanti bertambah..aamiin.

      Delete
  2. Lakukan perkara yang mudah... Apa yang penting, istiqomah...

    ReplyDelete
  3. Proses perlahan-lahan dan cuba usaha mana yang mampu ~

    ReplyDelete
  4. belajar daripada pengalaman dan kegagalan.

    ReplyDelete
  5. apa pun yg kita lakukan semoga terus istiqamah :)

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..