01 January 2019

Berbaki 364 Hari

BERBAKI 364 HARI
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

BERBAKI 364 HARI
1.1.2019
Hari pertama. 
Allah SWT izin untuk hamba-NYA. 
Rezeki pinjaman. 
Bermacam agenda. 
Banyak difikirkan.
Kerana kita manusia. 
Banyak mahunya. 

Di Tahun Baru .
Di hari pertama. 
Lembaran masih putih. 
Masih bersih. 
Lakarlah dengan mulus. 
Warnalah dengan tulus. 

BERBAKI 364 HARI
Ada yang begitu girang merai. 
Ada yang begitu walang dihati. 
Allahu. 
Manusia tidak mengetahui. 
Namun Allah lebih memahami. 

Permulaan. 
Untuk semua. 
Perbaiki semuanya. 
Sedikit demi sedikit. 
Seperti wahyu pertama. 
Iqra. 
Baca. Baca. Bacalah. 
Boleh jadi ini masa dan kuncinya. 
Jangan khuwatir. 
Mulakan semula. 

Sebagaimana kediaman memerlukan tiang. 
Ibadah manusia begitu juga. 
Tiang. 
Tiang kita solat. 
Maka solatlah. 
Dirikanlah solat. 
Moga ia menjadi acuan menghuni syurga. 

Nanti hari terus berganti. 
Masa terus berlalu. 
Terus sabar dan berbakti. 
Terus bersemangat dan jaga diri. 
Moga lebih merendah berbanding meninggi. 
Tak rugi. 

#sama-sama  mencari redha Allah SWT


27 comments:

  1. Selamat tahun baru jugak.. Thank you for the reminder.. May we become better and wiser in 2019

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru😊moga bermanfaat.Aamiin.

      Delete
  2. salam tahun baru PC !! semoga dimurahkan rezeki sihat sentiasa hendaknya
    happy2 selalu =D

    ReplyDelete
  3. selamat tahun baru dear.
    semoga apa2 yang diazamkan terus lancar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru juga....😊
      Aamiin in sha Allah.

      Delete
  4. Semoga Allah selalu redha dengan langkah kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin..aamiin..aamiin😊..besar harapannya begitulah.

      Delete
  5. Sekejap saja dah berbaki 364 hari kan. Semoga tahun ini lebih baik dsri tahun sebelumnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...nanti kejap dah hujung tahun..
      Aamiin😊

      Delete
  6. Memulakan kehidupan dengan senyuman . Belajar dari kejatuhan, bangun dengan tangan penuh pengalaman yang dulu. Tahun ini masanya berjalan lagi

    ReplyDelete
  7. selamat tahun baru. semoga dimurahkan rezeki pada tahun 2019

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru juga..aamiin..aamiin..aamiin..

      Delete
  8. Nice sharing... sekejap je masa berlalu... selamat menyambut tahun baru... semoga sentiasa diberkati Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat sekejap.Selamat tahun baru juga.Aamiin.

      Delete
  9. selamat tahun baru kak . moga dipermudahkan segala urusan:)

    ReplyDelete
  10. Happy new year sis! Baru nak follow. thanks for the reminder :)

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..