Tolak Tepi,,Doakanlah Sahaja

TOLAK TEPI,,DOAKANLAH SAHAJA
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


TOLAK TEPI,,DOAKANLAH SAHAJA | Nak tahu.Lebih tahu.Lagi dan lagi.Itu hal biasa pada kita.Pada Perdu Cinta jugalah.Tidak terkecuali pun.Bila rasa berminat atau cenderung pada satu-satu hal itu ada maka pecarian akan dilakukan.

Tolak tepi,,doakanlah sahaja.

Ambil tahu itu bagus.Ambil berat atau peduli pada satu-satu hal baik pada yang terhampir atau pada yang sekadar dikenali sahaja itu tandanya prihatin.Tapi satu hal yang mesti dielakkan adalah jangan sampai timbul rasa tidak selesa dan mula memendam rasa serta merungsingkan fikiran orang lain.Biasa-biasa dan tidak perlu keterlaluan ambil tahunya itu sudah memadai sebenarnya.Santai-santai jangan memberatkan.

Cubalah asingkan.Campuraduk itu mengusutkan keadaan yang kadangkala tidak begitu bermasalah.Bila mahu menyelesaikan suatu masalah fokus sahaja pada hal atau permasalan tersebut tanpa mengaitkan atau melibatkan masalah lainnya.Ditakuti hal yang kecil akan berubah menjadi besar dan lebih parah.Agak mustahil untuk buang emosi kelam bila cuba melerai apa pun permasalahan yang timbul kerana rasa sabar itu secara tidak sengaja akan mula menipis dan koyak.

Tolak tepi,,doakanlah sahaja.Kita bukan orang dan orang lain itu bukan kita.masing-masing ada jalan masing-masing.Masing-masing ada kisah masing-masing yang mesti mereka jaga dan simpan.Sama ada mahu dikongsi atau sekadar disimpan dengan paling rapi..itu juga pilihan masing-masing dan keputusan sendiri.Kita melihat tidak selesa dan membara..tapi kalau mereka rasa itu yang paling terbaik dan memberi rasa bahagia..doakanlah sahaja.Ya,doakan sahaja sama ada terus kekal dalam kebaikkan atau berubah daripada kurang baik menjadi bertambah dan sangat baik.Cukup.

#sama-sama mencari redha Allah SWT.

1 comment:

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..