Selesai Dan Bermula Tahun Baru 2019

SELESAI DAN BERMULA TAHUN BARU 2019
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


SELESAI DAN BERMULA TAHUN BARU 2019 | Hari ini 31 Disember 2018 bersamaan 23 Rabiul Akhir 1440H.Bererti hari terakhir hitungan kelender masihi.SubhanaAllah.Alhamdulillah.Allahuakbar.Pelbagai kisah,bermacam perkara dan banyak warna-warna yang terlakar sepanjang 2018.Gembira suka.Duka air mata.Lengkap semuanya ada.Begitulah rentetan perjalanan kehidupan di dunia ini yang Allah SWT pinjamkan.Untuk kita nikmati.Untuk kita juga sentiasa ingati bahawa semuanya sementara,pinjaman dan tidak lebih hanya sekadar untuk diuji.

Selesai dan bermula tahun baru 2019.

Lazimnya menjelang tahun baru..azam yang sering ditanya.Visi dan misi yang sentiasa dicatat.Ianya seolah menjadi tulang belakang dan landasan untuk memotivasikan kita.Bila terlalai..bila berasa lelah..bila mahu rebah..ingat dan pandang segala azam,visi dan misi yang tersemat dan tercatat..ianya membangkitkan juga semangat yang mahu ranap.Bila sudah tiba dihari akhir begini..terasa sungguh pantas hari berlalu.Siang malam pagi petang hujan panas banjir kemarau..365 hari.Ada yang meninggalkan menghadap PENCIPTA..ada yang lahir menyeri keluarga.Allahu.Janji pasti dari DIA.Sangat pasti untuk hamba-hamba.

2019..

Hamba Allah SWT yang lebih taat.Setiap hari PC berusaha menjadi hambaNYA yang paling taat.Siaga beribadah.Pantas menjadi tangan yang di atas.Sentiasa menebalkan rasa cinta pada DIA berbanding dunia.Bukan tidak berat..malah susah sebenarnya.Perlahan-lahan cuba perbetulkan diri.Moga Allah sentiasa dekatkan bantuan.Moga Allah tidak memalingkan pandanganNYA dari terus melihat PC dengan kasih sayangNYA.

Isteri yang lebih solehah.Kalau ada yang kata kahwin itu mudah.Menjadi isteri itu senang.Betul.Memang betul kahwin itu mudah dan jadi isteri itu senang.Susahnya mahu menjadi isteri yang solehah.Payahnya mahu menjadi bidadari di dunia dan bidadari di syurga untuk suami.Mungkin mudah untuk isteri-isteri di luar sana tapi tidak bagi PC..kerana tergalas satu tanggungjawab yang berat dan besar bila mana seorang wanita itu memutuskan untuk menjadi seorang isteri.Rajin belajar,,inshaAllah baik-baik sahaja nanti.

Anak dan menantu yang selalu menghargai ibu bapa dan mertua.Entah mengapa saat menaip ini hati berasa tersangat hiba.Mata mula berkaca-kaca.Baik diketika solat atau diluar saat beribadah pun..PC sentiasa berdoa agar babah dan mama sentiasa Allah SWT limpahkan kesihatan,kebahagiaan,ketenangan dan kesabaran serta dikurniai usia yang selayaknya.Begitu juga untuk abah dan emak.Ada detiknya PC berdoa..agar Allah ambil nyawa PC dahulu bukan babah dan mama..kerana tidak mampu langsung membayangkan perit pedih dan sakitnya bila mereka tiada nanti.Ya,mati itu pasti.Kalau kita tidak meninggalkan,kita pasti ditinggalkan.Allahu.

Blogger yang lebih positif.Berkongsi hal-hal yang bermanfaat bukan perkara mudah.Terkadang blog menjadi medan meluah rasa..marah,gembira,bahagia,sakit hati.Semuanya ada.Cuma bezanya bagaimana ianya disusun melalui ayat-ayat dan pemilihan kata-kata.Yang membaca mungkin ada yang turut merasa rasa.Mungkin ada yang beranggapan sekadar bicara santai sahaja.Tidak mengapa asal yang baik dapat dihadam sebaik-baiknya.Moga dikesempatan yang ada..dapat PC lebih perbaiki setiap kekurangan yang ada.

Banyak hal yang dirancang belun tercapai kerana Allah hantar sekadar mana selayaknya PC gapai.Banyak niat yang belum terlaksana kerana Allah SWT mahu PC lebihkan lagi usaha dan tidak berputus asa.Moga sisa usia yang ada hari-hari yang PC lalui sentiasa berada dalam redha suami,babah mama dan Allah SWT.Mewah juga dengan kerendahan hati.Aamiin.

SELESAI DAN BERMULA TAHUN BARU 2019

#sama-sama mencari redha Allah SWT

23 comments:

  1. Selamat tahun baru.. semoga dipermudahkan urusan pada 2019 nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Tahun Baru kembali. Aamiin. Moga setiap urusan kita Allah permudahkan.

      Delete
  2. selamat tahun baru kak PC, miga dipermudahkan urusan akak PC nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Tahun Baru juga yana. Aamiin. In Sha Allah. Untuk kita semua.

      Delete
  3. Selamat tahun baru 2019 PC.
    In Sya Allah teruskan berdoa Allah tahu apa yang terbaik buat hambanya pada masa saat dan ketika yang sesuai mungkin bukan sekarang tapi akan datang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Tahun Baru Mrs A. Aamiin .Setuju tu. Moga kita semua dilimpahi kasih sayang NYA

      Delete
  4. Selamat tahun baru. Lama tak singgah sini :)

    ReplyDelete
  5. Selamat Tahun Baru.. baru follow blog ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Tahun Baru juga. Terima kasih follow blog PC. Alhamdulillah PC dah follow juga.

      Delete
  6. Semoga yang baik baik aje untuk tahun 2019.. Yang pastinya makin dewasa mesti makin mencabar kan.. mudahan Allah permudahkan 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.. Aamiin.. Aamiin. In Sha Allah Husniey..moga kita semua dilimpahi kasih sayang olehNYA

      Delete
  7. Selamat menyambut tahun baru 2019 :)

    ReplyDelete
  8. Semoga tercapai azam-azam PC. Selamat Tahun Baru ye. Saya pun banyak recycle azam lama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin. In Sha Allah. .Ada juga sambung azam lama di tahun baru ni.

      Delete
  9. Selamat menyambut tahun baru 2019 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Tahun Baru juga. Terus istiqhomah dalam kebaikkan ya.

      Delete
  10. selamat tahun baru PC

    Betul tu jadi isteri ni memang nampak mudah tapi tanggungjawab tu besar, mudah dapat pahala dan mudah juga dapat dosa. Semoga kita2 semua menjadi isteri yang solehah dan sentiasa mendapat rahmat dariNya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Tahun Baru juga kak.
      Betul.. Bukan mudah sebenarnya. Silap percaturan hantar kita ke lembah azab.

      Delete
  11. insyallah yang baik2 saja akan datang. kita mmg kena usaha kan yang terbaik untuk jadi hambaNya yang terbaik dunia akhirat. marilaah sama2 kita berusaha =)

    ReplyDelete
  12. insyaAllah semoga azam tahun ni terlaksana.

    ReplyDelete
  13. Selamat tahun baru 2109 buat PC. Semoga terus sukses dan terus berkongsi ilmu dan motivasi buat bacaan kami

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..