Anak Muda

ANAK MUDA
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

Bangkitlah.
Dengan nama Tuhanmu.
Melunas sunnah Rasulmu.
Menjadi anak muda yang kaya.
Kaya agama dan ilmu.
Biar sederhana pada kehidupanmu.

Anak muda.
Hari ini dirimu sangat diperlu.
Suaramu.
Untuk membela agama bangsa dan negara.
Perang tidak usah bersenjata.
Jangan juga mencedera.
Tapi perangi dari jiwa.
Tolak yang menghimpit.
Tolak yang mengungkit.
Tolak yang menyepit.
Tolak yang menghenyak.
Kau bangkit.

Hari ini kau muda.
Satu masa akan menjadi tua.
Yang Tuhan awal ambil itu hakNYA.
Berbaki marakan jiwa.
Jasad menurut juga nantinya.
Jangan gentar pada yang benar.
Lupus yang membuat onar.

Anak muda.
Tidak usah tergesa-gesa mara.
Susun strategi sebaik-baiknya.
Bukan untuk memporak peranda.
Untuk menyatukan yang putus dan retak di mana-mana.

Silap langkahmu.
Silap tingkahmu.
Silap lisanmu.
Silap percaturanmu.
Bukan hanya hari ini sakitnya.
Tidak sekadar ini perit getirnya.
Tapi ingat.
Hingga kau tutup mata rapat.
Sakit getirnya akan diwarisi.

Bijaklah dalam kesabaran.
Takkan pernah kerugian.

#sama-sama mencari redha Allah SWT

13 comments:

  1. betul tu, anak muda sekarang banyak sangat yang leka.

    ReplyDelete
  2. kita pernah jadi anak muda, tp bza dunia dengan anak muda skg huuhu

    ReplyDelete
  3. anak muda, atau yang lebih dewasa,saling memerlukan dan melengkapkan untuk perpaduan dan kemajuan negara

    ReplyDelete
  4. Anak muda tunggak masa depan negara. Jika baik acuannya, in shaa Allah baik haluannya. Perkongsian yg mendalam terselit nasihat serta peringatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju.Anak muda tunggak masa depan negara,agama da bangsa.

      Delete
  5. semoga setiap langkah kita dipelihara

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..