03 August 2018

Teguran Kerana Kasih Sayang

TEGURAN KERANA KASIH SAYANG

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


TEGURAN KERANA KASIH SAYANG | Syukur,dua tiga hari ni hujan turun membasahi bumi.Rasa macam dah lama sangat tak hujan.Bila hujan nikmat sangat-sangat.Resamnya alam hujan dan panas bersilih ganti mengikut seperti yang ditetapkan PENGARAHNYA.Terima kasih Allah atas SETIAP nikmat.

Teguran kerana kasih sayang.

Cara manusia tegur dengan Allah SWT tegur pastinya jauh sangat bezanyakan.Bila sesama insan yang tegur,kadang hal kecil je..perkara mudah je pun...tapi boleh berlarutan dari kawan jadi lawan..dari sahabat terus jadi musuh.Walhal apa yang ditegur tidak diambil pusing pun..oleh sebab kawan yang tegur terus kecut hatinya..bermasan muka..tak bertegur sapa..segala kebaikkan terus dilupa..😢

"Kawan yang baik sentiasa kena saling menegur dan mengingatkan satu sama lain.Lebih-lebih lagi kalau ingatan itu mendekatkan kita pada Tuhan,kecuali kalau kawan kita hasut kita pada perkara-perkara yang mendekatkan dan menjerumuskan kita ke api neraka..sila nasihati dia kalau boleh,sekiranya tidak mampu jarakkanlah diri..tak rugi"

Dan .....

"Kawan yang baik juga sentiasa bersedia untuk ditegur serta dinasihati sekiranya tersasar nanti..janjilah untuk sama-sama tempah syurga di akhirat .. boleh sama-sama sambung ukhwah sambil beristirehat"

Ada yang kita sedari.Tapi lebih banyak yang tidak ambil pusing pun setiap teguran kerana kasih sayang daripada Allah SWT.Biarpun semua teguran ada dalam kalamullah,oleh kerana diabaikan,Allah SWT juga menunjukkan secara terang-terangan.Namun yang sedar akan hal ini sangat sedikit dan hanya sepintas lalu.Mungkinkah terlalu indah dunia ini hingga ada yang lupa keindahan sebenar adalah syurga.SubhanaAllah.

Allah..lindungi iman kami dari menjadi rapuh dengan duniawi.Suburkan rasa benci dihati kami pada hal-hal kemungkaran dan keasyikkan yang melalaikan.Pandanglah kami dengan kasih sayangMU.Haramkanlah jasad kami dijamah api nerakaMU Ya Allah.Aamin.

#sama-sama mencari redha Allah SWT

16 comments:

  1. "Ya Allah, .lindungi iman kami dari menjadi rapuh dengan duniawi.Suburkan rasa benci dihati kami pada hal-hal kemungkaran dan keasyikkan yang melalaikan". Terima kasih Kak PC untuk peringatan ini. Semoga hati kita sentiasa dilindungi Allah swt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama DP...kita sama-sama berdoa ya..

      Delete
  2. ye betul apa yang kak pc tulis ni. lagisatu kita memang kena panndai cari kawan. cari kawan yang dekatkan diri dengan allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...sekurang2nya bila lalai ada yang tolong tegur...ingat2kan...sama2 jadi baik insyaAllah..آمین

      Delete
  3. n mudah nak tegur kawan-kawan, bukan mudah buat kita nak terima teguran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap orang ada ego masing2...PC pun ada ego juga..ambil dan dengar apa yang orang tegur..kemudian tapis..yang ok ambil..yang tak tolak jauh2.

      Delete
  4. betul tu pc... kena pandai cari kawan ke arah kebaikan... semoga kita semua dikelilingan org2 yg baik dan mneegur tuk kebaikan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju...tapi ada sebab juga kalau Allah dekatkan atau hantar yang kurang baik pada kita....atau dekatkan kita dengan org yg lebih baik...ada sesuatu yg ingin Allah tegur dan sampaikan.

      Delete
  5. tegur untuk nasihat tak salah, tapi jangan tegur hingga menguris hati kawan.. saling menjaga hati kalau boleh itu lebih baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti berpada2 dan berhikmah...elakkan tegur mahu menyakiti atau mengaibkan...dosa dapatnya..

      Delete
  6. HARUS TERBUKA MENERIMA TEGURAN DEMI KEBAIKAN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walau sakit dipendengaran dan perasaan...pertimbangkan..

      Delete
  7. Usually, I never comment on blogs but your article is so convincing that I never stop myself to say something about it. You’re doing a great job Man. Best article I have ever read

    Keep it up! from http://halloweendayusa2018.com/

    ReplyDelete
  8. Teguran dengan kasih sayang secara tak langsung membawa pahala buat yg menasihatinya juga. Asalkan caranya tak menjatuhkan air muka, in shaa Allah yg positif pasti akan terima.

    ReplyDelete
  9. Nak tegur ke arah kebaikan pun cabaran sekarang ni PC. Niat kita baik tp selalu di salah tafsir. Akhirnya tegur dlm hati dan doa yg terbaik buat insan tersebut.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..