11 July 2018

Salah Siapa Sebenarnya

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


SALAH SIAPA SEBENARNYA | Menuding jari satu kerja yang mudah.Tersangat mudah.Nak melepaskan diri.Nak nampak baik.Nak jaga kepentingan.Nak aniaya orang.Mudah bukan.Ya,terpaling mudah.Nak menjatuhkan juga mudah dengan menuding jari pada orang yang memang mudah digunakan.Mungkin orang tidak tahu kesalahan kita lalu menuding jari pada orang lain.Tapi diri kita sendiri tahu.Jangan lupa Allah tahu.Malaikat juga tahu.Dan percayalah rasa ketenangan itu tidak ada.Jangan tambah kesalahan.Hidup selepas kematian itu kekal.

Salah siapa sebenarnya.

Bila satu-satu isu atau hal timbul..salah siapa sebenarnya.Ada ketika kesalahan yang berlaku hanya satu pihak sahaja.Mungkin diri kita sendiri yang khilaf dan tidak membabitkan pihak lain.Apa yang membuat keadaan lebih kritikal apabila dua pihak atau banyak pihak yang terlibat.Viral isu tragedi syawal yang dilakukan tetamu..anak tetamu yang rasanya semua sedia maklum kerana hangat dimedia sosial.Hujung syawal ini yang masih berbaki kurang seminggu,mood raya tidak kurang masih hangat.

Hangat hati tuan rumah oiii.Salah siapa sebenarnya.Tuan rumah yang salah atau tetamu yang silap.Banyak pendapat.Pelbagai reaksi boleh di lihat dan di dengari.Dah jadi macam ayam dulu atau telur dulu yang wujud.Gitu.Huhuhu..Peribadi,kita pasti sentiasa berlapang dada menerima kunjungan tetamu.Namun bagaimana ragam tetamu keseluruhannya..ibu bapa dan anak-anaknya adalah diluar jangkaan kita.

Jangkaan atau sangkaan kita baik-baik sahaja.Ada yang anak-anak aktif tapi lebih suka bermain di luar rumah.Ada yang aktif suka bermain di dalam rumah.Tetamu,yang membawa anak-anak...hanya mereka yang kenal anak-anak mereka.Tuan rumah tidak tahu.Jadi,ibu bapa jika mahu bertandang ke rumah orang tidak kiralah berhari raya atau hari-hari selainnya mesti lebih berwaspada dan bertindak bijak.Awak selesa..tuan rumah tenang hati.Jangan awak selesa tapi tuan rumah susah hati rasa risau di rumah sendiri.Faham-fahamlah.

Faham-fahamlah wahai tuan dan puan rumah.Bersedia dan sabar berganda-ganda.Lebih-lebih lagi bila pihak kita yang mengundang untuk mereka hadir ke rumah kita.Tuan puan rumah mesti selangkah membuat persediaan segenap sudut.Bagi mengelakkan hal tidak diingini berlaku,sama-samalah main peranan masing-masing dan menjaga.Berlaku juga....bawalah berbincang dengan cara yang paling berhikmah.

Salah Siapa Sebenarnya
Google Image

#sama-sama mencari redha Ilahi

11 comments:

  1. Bab anak2 tu masing2 kena amik tahu dan jaga baik tuan rumah dan anak2. Resam kanak2 suka bermain. Kadang ada yang terover. Jadi sebagai yg tua nasihat dan tegur dengan berhemah. Jgn sampai ada yg terasa hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...hanya ibu bapa masing2 kenal anak masing2 kan kak..faham2 sendiri bila bertandang ke rumah orang.Kalau tuan puan rumah yang menjemput...sila bersiap sedialah...sebarang kemungkinan.

      Delete
  2. Pd sy,as parent kite kena remind anak2 supaya behave sikit so that parent tak jadi tarzan & tuan rumah tak jadi hijo.Semuanya bermula dari rumah. Kalo kite pergi rumah kwn asben, why not kite jaga anak lps kite mkn & bg asben borak2 kejab dgn his friend..same jgk dgn asben..if nmpk anak tak terkawal, better undur diri awal.Sorry if my opinion x ok..but that is what I'm doing...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sgt2....setuju sgt2.....itu yg sebaiknya...pantau jangan lepas pandang dan jangan ambil ringan...jangan anggap alah takpe ... ala budak2....tak kisah...big no...kecuali memang jenis anak2 yang tertib....yang ditenung terus behave...kalau sebaliknya.....faham2 sendirilah.

      Delete
  3. susah nak beri komen bab ni sebab saya tak ada anak..harap semua pihak dapat memahami tanggungjawab masing-masing =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita ambil pengajaran dan ingatan persekitaran....

      Delete
  4. setuju sangat, anak-anak ini umpama kain putih, lukislah dengan nilai-nilai murni sebaiknya Insha Allah ke mana saja bawa anak, kita tak susah, orang lain pun senang hati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...namun..terkadang ibu bapa telah cukup dan sentiasa memberi nasihat dan ingatan...sikap luar jangka dipengaruhi persekitaran juga main peranan..

      Delete
  5. Setuju.. lagi pun tanggungjawab anak2 terletak pada org dewasa. Teringat masa anak2 kecil dulu, kdg2 bila org invite open house kdg2 risau juga takut2 menyusahkn org.. ada masa kami sendiri yg tak bawa mereka walaupun ada sesetengah rumah dah biasa dan bersedia dgn kerenah2 anak ni.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..