04 July 2018

Manisnya Kemesraan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


MANISNYA KEMESRAAN | Manis itu bahaya tapi berapa ramai yang tidak boleh tanpanya.Ada orang boleh meroyan sehari tak minum minuman manis.Ada orang rasa tak sempurna hidupnya kalau tidak berkata-kata menggunakan ayat yang manis-manis.Dirasakan ianya menjadi rempah ratus dalam kemesraan.

Tapi ingat .. biarpun manis itu perlu dalam senyuman .. perlu juga sebagai tenaga dalam tubuh .. nahhhhhh berapa ramai yang hancur lebur tersungkur dek manisnya kemesraan.Hati-hati.Jaga hati.Jaga diri.Jaga semuanya.

Manisnya kemesraan.

Kalau kita tengok orang lain menikmati manisnya kemesraan,,amboi tumpang berbunga dihati.Lebih-lebih lagi dah tahap atuk nenek..subhanaAllah..boleh dan mesti dicontohi.Bukan perkara mudah diusia sebegitu mahu mengekalkan kebahagiaan dan kemesraan..Allahu.Pasti ada yang diamalkan diusahakan dan diperjuangkan.Ibu bapa kita sendiri pun..kita contohi.Ambil pengajaran.Adatlah ada adegan rajuk dan memujuk kerana mereka insan biasa tidak bebas dari khilaf.

Khilaf kalau ada yang beranggapan untuk mengeratkan hubungan mesti selalu menghubungi atau berhubung.Sebenarnya jarang-jarang berhubung atau berkomunikasi pun salah satu asbab bercambah manisnya kemesraan.Malahan terlebih dan berlebihan manis dan mesranya.Sesekali jumpa..sesekali bercerita..sesekali bertukar berita..Allahu bagai terlupa waktu yang berlalu..seolah tiada lagi waktu untuk bertemu dan bercerita itu dan ini.

Pupuklah manisnya kemesraan itu sentiasa dengan kesesuaian yang selayaknya.Sering bersua bukan alasan hubungan itu hambar,tawar dan lesu.Hidupkan agar lebih bernyawa.Biar pun mungkin sukar bertemu,pelihara ukhuwah itu semampunya supaya jarak dan apa pun halangan tidak menjadi pemisahnya.Manisnya kemesraan boleh disemai.Syaratnya mesti rajin dijaga dan diikat dengan doa yang sebaik-baiknya.

Manisnya kemesraan.

#sama-sama mencari redha Ilahi

14 comments:

  1. Insyaallah.. sama2 kita doakan agar kemanisan dalam kemesraan akan kekal hingga akhir hayat :)

    Jemput join segmen ejulz jika sudi :)
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamin...moga kita semua kecapi manis kemesraan itu..

      Delete
  2. Pasangan berusia makin lama makin manis, makin mesra ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nikmat dari Allah SWT...moga kita juga pun begitu.

      Delete
  3. kita jeles kalau jalan mana - mana nampak pasangan yang dah putih rambut, tangan kedut masih sudi jalan sebelah pimpin tangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...hehehe..moga ianya kita tauladani kan..aamin.

      Delete
  4. komunikasi penting dalam perhubungan =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju...komunikasi dua hala...dan menjadi pendengar setia...menjaga Allah juga.

      Delete
  5. kalau lah dah tua-tua masih mesra memang la to sweet..

    seronok tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...perlu dicontohi..sama-sama pegi pasar..sama-sama singgah warong makan roti canai...

      Delete
  6. suka tengok pasangan di usia senja masih bersweet lagi. mesti ada rahsia kan. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..hehe...jalan pimpin tangan...sembang ketawa-ketawa...menikmati kehidupan sebaiknya dihujung usia..santai..alhamdulillah.

      Delete
  7. manisnya silaturrahim yang baik

    ReplyDelete
  8. Nikmat anugerah Illahi, maka beruntunglah buat mereka yg dikurniakan kenikmatan kemanisan dunia dan akhirat... Allahuakbar.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..