Kemeriahan Yang Berganti

KEMERIAHAN YANG BERGANTI

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


KEMERIAHAN YANG BERGANTI | Bezanya dapat dirasa.Atau sebenarnya perasaan orang yang berganjak usia.Tua dah Perdu Cinta ni sebenarnya.Allahu.Cuma masih lagi banyak laghanya.Selalu juga lupa neraka itu ada.SubhanAllah.Ucap beria nak kejar syurga paling pertama,tapi bab kebaikkan..urusan ibadah yang paling kemudian gerak dan bertindaknya..👉nak jadi apalah agaknya..hurmmmmm😥.Tapi betul .. kalau diperhati banyak bezanya.

Kemeriahan yang berganti.

Lalu di padang sepi..cuma dipenuhi lalang yang meliuk lentuk mengikut hembusan angin.Melintas di taman-taman permainan juga sepi.Di laluan dan kawasan khas beriadah pun..ada yang menggunakannya tetapi warga ibu-ibu..bapa-bapa..Mata Perdu Cinta rindu nak melihat lincahnya kaki menggelecek bola.Telinga Perdu Cinta rindu nak dengar sorak riang saling bergurau senda dan menyokong satu sama lain walau cuma main teng-teng depan rumah.

Mungkin ada yang tidak atau kurang bersetujulah.."dulu tu dululah jangan disamakan atau dibandingkan dengan sekarang".Hehe.

Bukan tidak ada langsung terlihat kelibat anak-anak..ada,berkumpul di luar pagar rumah..bersila,bersembang namun topiknya kecanggihan gadjet terkini.Siapa yang terlebih dulu memiliki dan mengetahui.Bukan lagi isu kanak-kanak yang setara usia mereka.Moga kematangan mereka itu selari dan mumayeznya juga tidak biar jauh ketinggalan dan ditinggalkan.

Situasi semasa juga barangkali menjadi asbab yang tidak boleh dipandang dan diambil mudah.Kemeriahan yang berganti dengan ketakutan dan rasa tidak selamat walau dipersekitaran sendiri.Antara punca juga ibu bapa mengawal pergerakkan anak-anak mereka.Segalanya mungkin terjadi.Boleh berlaku.Allahu.Jenayah berpotensi berlaku di mana-mana..tidak semestinya di luar rumah,malahan di dalam rumah pun tidak mustahil berlaku dan dilakukan.Di kala ini sukar untuk memberi kepercayaan pada sesiapa pun.Risiko tetap ada.

Kemeriahan Yang Berganti

#sama-sama mencari redha Allah SWT


12 comments:

  1. MOGA PERUBAHAN KITA KE ARAH KEBAIKAN BERLAKU SEIRING MASA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin...betul tu kak PI...perubahan yang semakin baik dari masa ke semasa...

      Delete
  2. ada pro dan contra. Dulu selalu main2 kat luar bersama kawan2.. main bola.. dan mcm jenis permainan kampung yg x perlu modal yg besar. sekarang ni jenayah mcm2 je keluar di media sosial. mak bapak pun takut nak biar anak2 bermain bersama kwn2 melainkan dgn pengawasan penjaga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...dulu dan sekarang beza ketara...sekarang semua semakin berani bertindak..berani yang sebahagiannya memudharatkan...

      Delete
  3. Semoga kita semua sentiasa dibawah perlindungan dan rahmat Illahi utk sentiasa berubah ke arah yg lebih baik menuju kpdNya.. aamiin ya Rabb.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin...insyaAllah..untuk kehidupan yang kekal nanti..

      Delete
  4. teringat dulu-dulu main batu seremban pun ada pasukan sorak. rindu zaman dulu.

    seiring peredaran zaman sekarang, kanak-kanak sekarang lebih kepada gadjet. tapi tahap pendidikan mereka pun sudah tinggi berbanding kita kak PC. cuma kita boleh pantau mereka saja.

    btw memang rindu zaman muda dulu. eh! hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...beza dulu fizikal dan minda seiring...sekarang teknologi banyak membantu untuk merangsang minda..dalam rumah..klik..klik..klik...tapi yang penting dipantau..

      hehehe...rindu zaman muda2 pulak ye...

      Delete
  5. sama2 kita mencari redha Allah.. amin

    ReplyDelete
  6. Zumal masih mengharap agar ada perubahan dalam hidup ini...

    ReplyDelete
  7. Beza anak2 zaman skrg dgn dulu. Semoga perbezaan tersebut tetap tidak membelakangkan agama yg tetap sama sepanjang zaman cuma beza pembelajarannya.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..